PETUA UNTUK MENJAGA KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN DIRI
Amalan harian yang mudah diamalkan selain amalan petua lain.Ianya bertujuan untuk kesihatan dan kesejahteraan diri.Setiap pagi kita bangun pagi sama ada bangun pukul 5,5.30,6,atau 6.30.Ia lebih baik jika kita bangun awal dan elakkan bangun dari terlebih tidur.Andai kata bangun pukul 6 pagi,buka saja mata ucapkanlah Alhamdulillah. Kemudian lakukan sedikit senaman ringan.Paling ringkas pun pusing pinggang kiri dan kanan atau senaman regangan otot.Sebelum masuk bilik air,minumlah segelas kecil air suam dan masuk bilik air.Lakukan pembersihan badan seperti mandi dan gosok gigi dengan betul.Untuk memulakan mandian,mula dari bawah kaki dibawa ke atas hingga ke kepala.Lakukan sekali dan mandi seperti biasa.Jika diamalkan boleh menghindarkan diri dari sakit dan pening kepala.Begitu juga ketika menggosok gigi.Gigi yang bersih boleh menjadikan minda yang baik dan terhindar dari batuk.Malah sepanjang hari kita akan rasa selesa.Selepas mandi,biarkan seketika sambil lap badan dengan tangan sebelum ...