Posts

Showing posts with the label Resepiku

Kurma Milk Blended

Image
Assalamualaikum semua... sejak dua menjak ni... Kurma Milk Blended menjadi menu utama buatku.. kenapa? 1. Kurma dan susu kan makanan sunnah 2. Petua memperbanyakkan air susu ibu * khusus utk ibu2 yg BF sepenuhnya, amalkanlah bi iznillah susu production memang byk. Ni resepinya ya :  10 biji kurma dibuang bijinya 1 cwn susu segar* saya guna susu ducthlady yg low milk 1cwn air masak.. Semuanya di blend bersama.. kalau nak sedap blend dgn ais, sarah tak blend dgn ais cozz skrg cuba elak minum minuman berais.. just masukkan dlm peti sejuk kejap jer.. kalau nak sedap lg masukkan almond or kismis... emmm alhamdulillah ..

Menu Moreh

Image
Agar-agar Koktail WaterMelon Smoothie and Radix Coco Smoothie Alhamdulillah.. malam ni ada kesempatan dan diberi kesihatan yang baik oleh Nya utk beronline dan meng"update" blog.. nak share kami punya moreh tadi..

Resepi Dalam Pantang

Image
Assalamualaikum... Hari ter"rajin" kan tangan nak share resepi menu seharian sepanjang dalam pantang. Tapi tak banyak, satu aje... Ikan Masak Stim Bahannya : Ikan * sebarang ikan dgn syarat ikan yang tak berbisa utk dlm pantang. bawang putih, bawang merah, bawang besar, halia, lada hitam.. sedikit asam gelugur, persa garam dan gula. bawang dan halia di hiris halus. Then masukkan dalam bekas bersama Ikan then stim je... alah... mudah je kan... kawan2 pun biasa buat...

Puding Roti Berkaramel

Image
Rasanya dah 2 minggu lebih buatkan Puding Roti, kebetulan MIL berikan kami roti bata*( and roti bata bukan pilihan utama kami kecuali gar*****... so.... terfikir2 juga ... nak buat apa ya dengan roti ni... takkan nak biarkan saje??? emmmmmmmmm masya Allah tak baik membazir.. maka minda mencongak2 dan mencari2 sesuatu yang terpendam .... TING!!!! ahaaaaaaaaaa... akhirnya menjadilah seperti di atas.. PUDING ROTI BERKARAMEL... setelah menyelongkar gobok kecil di dapur.. di dapati fruit coctail ada 1 tin, tepung kastard pun dah ada... eh eh... telur pun ada juga??? haa insyirah pula tengah ralit bermain dengan playdoh dengan babanya... soooooooooooooooooo.... me? emmm start membancuh.... inilah resepinya : *** psssssssssss .. diambil dari blog kak hanieliza.. PUDING ROTI CARAMEL Bahan A: 1/2 cawan gula ..dicairkan dalam loyang yg nak dikukuskan nanti Bahan B 1 buku roti [10 keping] 1 tin susu cair 1 tin air buah dari fruit cocktal/peach 2 biji telur 1/2 cawan gula 1 sudu teh esen va...

Kuew Teow Berkuah

Image
Salam semua, buat apa tu??? hari ni kami sekeluarga tak keluar ke mana-mana, buat apa yang patut sebagai isteri mithali :) he he .... insya Allah!! Mengemas rumah, mencuci pinggan mangkuk, memesinbasuhkan baju " mesin yg bekerja" sarah just masukkan kain je.. tunggu bip bip... angkat dan terus jemur dijemuran.. alhamdulillah hari ni, cuaca begitu cerah sekali. Selepas tu......... snapping pic koleksi ukhti dan SIk clothing terbaru, kalau nak tengok, boleh ke website sarah ya. Stok terhad. Then terasa lapar... emmmmmmmm tengok dalam freezer, emmmm ada ikan uji rashid je* tu pun sekor je!! belek2 lagi..... haa ... dlm tupperware ada sayur sawi, carrot, lada merah, and ada lebihan kuew tiow itu hari... nak masak nasi.. tak tahu nak buat menu apa,... so akal mula memberi idea, buat kuew teow berkuah... guna bahan yang ada je.. Tarra dah siap...... boleh semangkuk besar untuk 3 beranak makan. urrrrppp... alhamdulillah nak resepi??? sarah share je lah yer... se simple abc.. 2 ul...

Tempe Goreng Sayur

Image
Menu semalam, simple aje, nasi putih bersama tempe goreng Sayur, rasanya dah beberapa bulan tak makan tempe, kebetulan ke KB ,melalui PulaU Melaka, singgah Pasar Segar area situ, emm my feverat tempe... mmmmmmmmmm... ok ini resepinya, mudah aje.. 2 ulas bawang putih, bawang besar, Sayur sawi, kicap, sos cili dan sos tomato tempe(potong ikut suka)goreng dulu ya. Lada Merah garam Panaskan minyak, masukkan bwg putih,naik baunya, masukkan tempe,kicap, sos cili dan sos tomato, kicap, dan garam, akhir sekali masukkan sayur, masak sebentar kemudian angkat.

BUKU MANIS UBI

Image
Assalamualaikum dan Salam kasih Sayang semua , Hari ni nak share kan resepi Buku Manis Ubi, emm antara makanan traditional di kelantan. Resepinya sangat mudah dan ringkas aje. Sebenarnya petang jumaat lepas mak yang buatkan, kebetulan ubi kayu diberikan oleh cikhae(mak sedaraku) .. so ayah apa lagi, mengidam nak makan ni.. Ok kawan2 semua, inilah step dan bahan untuk membuatnya : Bahan2nya : Ubi kayu ( anggaran 4 ketul pjgnya dalam 10cm) diparut ya! Daun pisang(untuk membungkus) *Gula melaka aka nissae ( 4 keping) *Santan(anggaran 3 cawan) * Di masak bersama sehinggan pekat ya! Caranya : Masukkan bancuhan santan tadi ke dalam ubi yang diparut. Gaul sebati. Daun pisang di potong berbentuk diamod utk memudahkan bungkusan. Masukkan adunan ke dalam daun pisang dan di bungkus seperti di atas, Kemudian kukuslah selama lebih kurang 20minit. Tadaaaaaaaaa.. dah masak, sedia untuk dihidang.

Roti Pita

Image
Salam alls, Petang tadi,. makan roti pita,, dah terliur pula tengok roti pita kat kakchik blog, and actually dah lama tak makan roti pita ni, so semalam keluar shopping belikan alat2 dan bahan untuk buat inti. Roti pita ni dah ready made sebenarnya ; ok lah ini resepinya : Roti Pita sosej timun dan tomata mayonis Sos cili Caranya : sosej direbus dan di potong kecil timun dan tomata di parut. gaulkan semuanya dengan mayonis dan juga sos masukkan inti dalam roti pita sedia di makan.
Image
Hari ni breakfast NASI LEMAK MUM"S Special. My mom, if anak2nya ramai yang berkumpul , inilah juadah paling suka dibuatnya ; for me : memang suka nasi lemak, 2 3 kali makan lah jawabnya.. huhu itu yang mengembang tu... Okay ini resepinya : Bahan untuk nasi 3 cups beras santan garam secubit daun pandan ( ini utk aromanya) Bahan sambal : ikan bilis *lada kering *bawang merah *bawang besar *halia *bawang putih * semuanya dikisar/ diblend 1 cawan santan bawang besar utk hiasan Tumis semua bahan kisar sehingga garing, masukkan ikan bilis, santan dan masak sehingga pecah minyak, last masukkan garam, gula dan sedikit air asam jawa. Last sekali, masukkan garam Bolehlah dihidang bila nasi dan masak bersama telur rebus and cucumber. !! Selamat mencuba

Breakfast Pagi ni

Image
Emmm.. uli tepung lepas subuh tadi, buat donaugh Ball, ringkas-ringkas aje,Insyirah and baba still dreaming, Baba lepas solat terus landing, katanya temankan Insyirah".. emmm banyaknya aktiviti nak buat weekend ni, and oppss,, now I'm on school Break...for a week... i have plan to do something,but waiting for my hubby permission 1st. Tak nak lah bagitau lagi,takutnya tak menjadi.. Today activities: Kemas Rumah~ Sedang Buat, Jemur kain di ampaian,~ DONE Basuh baju ~ jap agi.. Insyirah & Baba takde ni, diorang ke rumah my MIL, ada kerja katanya, oklah nak sambung keje as assisstant manager at home now.!!!

Pizza Pizza N Bun Sosej

Image
Salam Ahad, Jumaat aritu buat Pizza. dapat 4 keping semuanya, 2 untuk makan di rumah mak, 1 utk mertua, 1 untuk jamuan di sekolah> semuanya licin, alhamdulillah:) Ada lebihan adunan buatkan bun sosej untuk baby Insyirah. Inilah rupanya bun sosej, dapat 8 ketul, itupun sosej dipotong 2 inilah Pizza buatan ku, Pizza di Supremia. Tiada Keju Mozarella,kebetulan p kat pasaraya baru kehabisan... just masukkan mayonis aje.Oregano yang disangka masih ada, rupanya dah lama habis. Baba dah ingatkan supaya beli, tapi itulah sebab ingat masih ada kan...huhuhuhu Adunan yang sedang mengembangkan diri... 1 dah hilang, masuk dalam oven, pemalu tu...

ROTI OH ROTI SARDIN

Image
assalamualaikum. Lepas Maghrib Jumaat lepas, tak dapat nak publish,.line asyik error aje:( Tetiba je terasa nak makan roti ,asalnya nak buat bun sosej, tapi, tukar chanel Oklah ini resepinya : Bahan A 500gm tepung high protein 30gm mentega(dicairkan) 150 gm gula kastor garam secukup rasa. Bahan B 50gm gula kastor 1 paket mauripan(yis segera) 200ml susu segar(blh diganti dgn susu cair) 5 sudu air suam. (bahan B dilarutkan) Caranya: Bahan A(bahan kering) di ayak,kemudian masukkan mentega yang dicairkan. Masukkan bahan B,uli sampai lembut dan kenyal. Rehatkan selama 40minit. Tutupkan dengan tuala lembab. Selepas itu, uli sekali dan masukkan sardin atau apa sahaja kegemaran anda. bentukkan mengikut suka. bakar pada suhu 180'c selama 25 minit. sedia untuk dimakan Tersilap suhu...nhe hasilnya

Makaroni Bakar

Image
Baru siapkan makaroni bakar, mula memasak lepas zohor tadi, after masak makaroni, buatkan sos. Hari ni jemput kawan baik datang bertandang ke rumah, dah lama dia mengidam nak makan makaroni bakar. Raya hari tu buat dia tak boleh datang. So tengan tunggu siti n family datang rumah.. Insya Allah lepas asar .

Breakfast For TodaY

Image
Pagi ni, breakfast di rumah kami buatkan sosej roll , untuk hidangan makan 4 orang. Semalam balik sini, bawa bersama 2 orang adik, izzat alhafiz dan juga musaddiq become a tahfiz student also, form 1 nanti Insya Allah. Sosej ni di cicah sos, dan juga nescafee yang lemak berkrim..

RESEPI : Lawar

Image
Lawar ni sedap tau, 1st time mengenali dan merasai kelazatannya , tika berada di rumah mak mentua, memang sedap. Sebelum ini memang tidak mengenalinya... ha ha makanan tradisi ni tapi... rasanya ramai yang tidak mengetahuinya... hidangan yang mudah dan rinngkas untuk dilakukan tetapi hasilnya memang marvellous!. Bahan-Bahanya : 1 kilo ikan tamban 10 ulas bawang merah-mayang 15 biji cili padi dihiris halus 10 biji asam limau nipis 1 ikat daun kesom dihiris halus 2biji timun batang dihiris halus garam dan gula secukup rasa Cara Membuatnya : 1. Ikan dibersih dan dibuang tulang tepi dan tengah, potong 1/2 inci 2. Bahan-bahan di atas semuanya dimayang halus dan digaul dengan ikan tadi. Masukkan garam,air perahan limau nipis,gaul sebati.,. Boleh dihidang bersama nasi.. yummy !!! Cubalah buat dan rasainya sendiri.

Kek Buah

Image
Assalamualaikum Lepas Maghrib tadi, buatkan kek buah resepi dari kak hanieliza.. adik ku Ida(cek cik) nak sangat makan kek yang kaklong dia buatkan sebelum dia bertolak balik ke UMT esok.. so bagi tidak menghampakan seorang adik.. kaklong meluangkan masa membuatkan kek buah ini. Inilah hasilnya ..::: sedap dan menyelerakan ... resepinya ada kat bawah tu... KEK BUAH [versi bakar] *copy dr web kak hanieliza Bahan A: 250 gm butter 150 gm gula perang [browm sugar] 3 biji telur 1 s/teh esen vanila 5 s/b madu Bahan B [ayak] 225 gm tepung superfine (saya guna tepun naik sendiri aje) 5 s/b susu tepung 1 s/teh baking powder 1 s/teh soda bikarbonat 1 s/k serbuk kayu manis Bahan C [rendamkan selama 3 atau 4 jam] 100 g buah prune [cincang] 200 gm buah campur 1 cawan oren juice hiasan - hirisan badam tau badam cincang Cara: 1. Butter dan gula dipukul sehingga kembang. 2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanila. 3. Masukkan bahan yg diayak [bahan B] dan buah campur [bahan C] berselang seli. 4. M...

KEK MARBLE SUNQUICK

Image
Assalamualaikum... Petang tadi, rasa macam rajin jer nak buat kek.. So try2 cari resepi, ada jumpa 1 resepi ni, but MH olah bahan2 sendiri, nak habiskan stok bahan raya puasa aritu,, banyak yang lebih, nak wat camana , my sis syida,.. bila bab beli... banyakk bahannya but.... jadi lebihlah. skrg ni.. takutnya membazir!! yelah.. kot2 nanti xpired lak brg2 tu.. so petang tadi MH buat KEK MARBLE SUNQUICK, di bawah ni ada gambarnya... tak banyak pun, dalam bekas empat segi panjang... sebenarnya kek tu satu aje, tapi MH bagi dua,sebab ada permintaan dari mak n ayah, taknak topping dengan icing, muak kata mereka.. jadi selebihnya utk adik2 lah... rupanya diorang tak suka juga icing,... huhu.. MH sebenarnya tak suka juga... but i love to decorate cake, ( masih belajar decorate lagi ni) :) berguru pun secara online... he he he... ok... inilah rupa my cake.... try lah buat... tak muak and pastinya sedap//( maaflah masuk lif tekan sendiri) yang ni dah kena make up... ini yang tak taruk icing ...

My cupcake ...

Image
MY cupcake ... 2nd CC yang ku pelajari, perlu diperkemasi lagi.. tak kembang,, bantat .. huhu.. sebab MH tak masukkan Baking Powder.. ingatkan ada, rupanya dah bis.. (ni guna bhn 2lebihan raya ritu) Resepi ni diambil dari WMC(sumbgn kak Pisceslady) Bahan A 2 biji telur gred AA 2 cawan tpg gandum 1 cawan myk masak 1 cawan gula 1 cawan susu pekat + air (jadikan air susu..kuantiti tu terpulang ye.. byk mana susu.. asalkan sukatannya 1 cwn) 1 susu teh baking powder 1 sudu teh soda bicarbonate 1 cawan serbuk koko Bahan B 1 cawan air panas yg sedang mendidih Campurkan semua bahan A.. Kacau guna whisker...Bila dah sebati.. masukkan air panas.. Kacauuuuuuuuuu Boleh bakar atau kukus... .. Buttercream 200 gm krimwell 200 gm butter2 00 gm gula ising puter je sampai kembang......... Hias ikut suka
Image
Assalamualaikum... Salam semua, hari ni, mamahusna nak kongsi kan pic PIZZA yang telah dibuat akhir tahun lepas, dah lama nak upload kat sini, tapi gambarnya tak ingat simpan kat folder mana, baru aje jumpa ni, ni dah nak masukkan dalam oven, kiranya bakar selama 15 minit, agar kekuningan sidikit, then, masukkan intinya yang telah dimasak sebelum itu. Masukkan kembali dalam oven, then bakar sehingga masak. N keju pun mencair. Ni hasil Pizza yang MH buat, dapat 3 bekas semuanya, puashati tau, adik2, mak ayah dan suami tercinta puji sedap, sehingga menjilat jari. Satu bekas lagi, bawa balik umah MIL, adik ipar tak percaya yang akak dia buat,... hu hu lebih sedap dan garing... cubalah!!! Resepi ni , amik dari resepi kat wanitamelayu rasanya.. Lupa dah resepinya, nak kena cari balik, Ingat holiday ni banyak masa , boleh buat lagilah, adik2 pun ramai berkumpul. Waaa... Lazatkan.... emmm marvellous!!!!

kek batik marie cracker

Image
bahan2nya : 1/3 mentega 1 tin susu pekat manis 1/2 cawan koko biskut marie ( 1 paket)tapi tak masukkan semua ya( dipatah2kan) sedikit biskut cream cracker caranya: cairkan mentega kemudian tambahkan koko. kacau rata masukkan susu. kacau sehingga panas @ sedikit maggelegak. tutup api masukkan biskut...gaulkan sehingga biskut bersalut coklat masukkan dalam loyang. tekan2adunan sehingga mampat. tabur kacang letak dalam peti ais sedia untuk di hidang