Posts

Showing posts with the label Tazkirah

Doa Untuk Anak Mudah Menghafal Pelajaran :

Image
Assalamualaikum & salam sejahtera... hari ni nak share satu doa yang boleh ibu-ibu amalkan untuk anak-anak, selamat beramal. credit to : www.youngkhalifah.com
Image
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Mubarak semua... Alhamdulillah... syukur pada nikmat mu yang tidak terhingga, lantas memberikan peluang kepada hambamu ini untuk menikmati dan merasai nikmat ramadhan bagi tahun ini. Buat teman2 semua, selamat menyambut ramadhan dengan penuh ibadah . jadikan bulan ramadhan madrasah tarbiyyah membunuh nafsu yang merajai jiwa kita selama ini. Jangan dilepaskan peluang sale yang begitu hebat yang diberikan Allah SWT. jom baca artikel di bawah, muga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.. Sejarah menjelaskan kepada kita bahawa pada bulan Ramadhan, Allah berkenan menurunkan Al Qur'an untuk menjadi petunjuk, penjelas petunjuk dan furqan yang menyingkap tabir kegelapan manusia dan alam ini. Peristiwa ini di abadikan di dalam Al Qur'an, melalui firman-Nya: "Bulan Ramadhan, iaitu (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al Qur'an (sebagai) petunjuk bagi (sekelian) manusia dan sebagai penjelasan daripada petunjuk itu serta sebagai...

HAK ANAK DALAM ISLAM

Image
      diriwayatkan ada seorang datang kepada Saidina Umar menceritakan keburukan perangai anaknya lalu Saidina Umar r.a memanggil anaknya  dan mengingatkannya tentang besarnya dosa menderhaka ibu bapa. Si anak tadi bertanya Saidina Umar :" tidakkah anak juga ada hak ke atas ibu bapanya ?"Jawab Umar:" Ya!" Anak itu bertanya :"Apakah dia hak-hak mereka?" Saidina Umar menjawab, hak-hak anak ialah : " Hendaklah bapa memilih ibu yang solehah, memberi nama yang baik untuk anaknya dan mengajarnya Al-Quran." Si anak terus menjawab selepas itu:"  Dia tidak membuat satu pun daripada 3 hak tersebut. Yang pertama dia tidak memilih isteri yang baik, ibuku seorang Negro, hamba kepada seorang Majusi.Kedua, dia menamakanku, Ja'lun (Ja'ranun). Ketiga dia tak mengajarku satu huruf pun daripada  Al-Quran. "  Saidina Umar r.a pun berkata:" Adakah kamu datang untuk mengadukan kepada ku kederhakaan anakmu.......................... kamu yang ...
Image
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Mengaku Cinta......... Tetapi ...............

Image
Salam semua........ kaifa haalukum?? ana alhamdulillah bilkhair......... * cakap arab sikit..... dah lama tak komunikasi dgn Bahasa Arab.. rasanya macam dah banyak yg lupa..... seronok belajar bahasa Arab.. Bila baca Al-Quran, dapat juga memahami kalimah2 yg ada di dalam Al-Quran .. tentu seronok membacamya Al-Quran sambil bertadabbur kan? Paling Best baca Tafsir Al-Quran... bait2 kalimah dan Kalamullah yang sungguh mendalam dan bermakna.. Panduan Hidup Muslim.... Oh......... sebenarnya nak berkongsi email dari yahoogroups, Bacalah moga ada manfaat kita bersama.. Sumber Image : Mr Google :) Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu. 1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia. 2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia. 3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani me...

Kematian dan Ingatan untuk diri.

Image
Dipetik dari email yahoogroups Membicarakan perihal kematian akan membuatkan kita terdiam sejenak, kelu dan hilang kata-kata sewaktu rancak berbicara.Sesiapa sahaja yang sedang asyik ketawa dan berbicara tentang perihal dunia maka pastinya akan terdiam atau sekurangnya merasa kurang enak apabila kita berbicara tentang kematian. Kematian "(Dialah) yang m e njadikan mati dan hidup, agar Dia m e nguji kamu, siapa di antara kamu yang l e bih baik amalnya. Dan Dia Maha P e rkasa lagi Maha P e ngampun". (Al-Mulk: 2). Cubalah berbicara tentang meninggal dunia, mengingati orang-orang sekeliling kita yang telah pergi mengadap Allah, jasad yang kaku, hilang segala-galanya hubungan dengan kehidupan.Fikirkan pula tentang kubur, ruangan yang kecil, perlahan-lahan jasad diturunkan ke dalam lubang lalu ditimbus. Gelap gelita, sempit sehingga sesak nafas, apa masih bernafaskah ? Ruangan yang gelap dan kehidupan yang tidak pasti apa akan berlaku seterusnya di hadapan. Kehidupan lalu di dunia ...

Salam Maal Hijrah 1431

Image
Assalamualaikum semua, apa khabar hari ni?? Salam Maal Hijrah 1431H buat semua teman blogger dan buat sesiapa sahaja singgah di teratak damaiimpiana. . Jangan lupa ambil kad di atas sebagai tanda ingatan kami di sini. Menyingkap kembali Sirah Nabawiyyah, Hijrah terbesar Adalah Penghijrahan Rasulullah Saw dari Kota Suci Mekah ke Yathrib ( Madinah) membawa makna yang besar dalam kalendar Islam. Detik berkembangnya dakwah dan bermula kecemerlangan Agama Islam, persaudaraan Islam yang semakin kukuh. moga Syiar Islam terus semarak dalam diri kita semua. Jadikan tahun ini sebagai detik perubahan kepada yang lebih baik dengan tekad menjadi Mukmin Muslim yang bertaqwa serta kita semakin mencapai Mardhatillah. Bulan Muharram juga dikenali sebagai bulan haram, yakni diharamkan berlakunya pertumpahan darah atau peperangan oleh Allah SwT. Namun larangan tersebut termansuh setelah Fathul Mekah (pembukaan Mekah). Dalam bulan ini juga kita digalakkan untuk berpuasa sebagaimana maksud hadis" Br...

SALAM EIDUL ADHA

Rasanya belum terlewat untuk kami sekeluarga mengucapkan salam eidul Adha kepada semua pengunjung blog damaiimpiana. Semoga Eidul Adha kali ini memberi pengertian yang mendalam dalam kita memahami dan mencari maksud di sebalik pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang membawa kita kepada ibadah korban kini. Semoga Ibadah haji yang dilakukan oleh muslimin dan muslimat diterima Allah dan pulang dengan Haji Mabrur... Insya Allah bagi yang belum lagi diberi kesempatan seperti kami ini untuk dijemput menjadi tetamu Allah. doa dan harapan agar dipermudah olehNya untuk ke sana.. Insya Allah Salam Aidul adha untuk semua. Sarah tinggalkan satu artikel menarik dari Ustaz Uzar (Zaharuddin) untuk tatapan kalian semua.. sebagai bekalan untuk semua dan diri yang kerdil ini. Sebelum ini juga ramai yang bertanya sama ada boleh digunakan gelaran ‘Haji' kepada mereka yang sudah selesai menunaikan haji. Saya teringat ada seorang kenalan saya, sekitar 10 tahun dahulu memarahi seorang rakannya kera...

Ramadhan Al-Mubarak

Image
Alhamdulillah, esok kita akan menyambut Kemerdekaan kita kali ke52, Syukur dipanjatkan kepada Allah kerana kita berada dalam keadaan tenang dan aman, semoga keamanan dan kemerdekaan ini terus berpanjangan. Malah dibulan yang baik dan mulia ini, jangan kita lupa, Syaitan2 yang sentiasa ingin mengoda ummat Muhammad telah dirantai oleh Allah, tentunya kita berasa gembira dan senang hati kerana golongan penggoda dan penghasut utama telah terikat dan tidak dapat lagi memainkan peranan utama mereka.. Tapi jangan kita bersenang diri, ada satu lagi musuh yang perlu diawasi, yakni nafsu yang ada dalam diri kita, nafsu yang berkurung dalam diri dan jiwa kita, itulah yang perlu kita kawal dan didik sepanjang bulan tarbiyyah ini. Inilah masa untuk mendidik nafsu dan jiwa ke arah taqarrub ila Allah... Istimewanya Ramadhan dan nikmatnya pada orang yang berpuasa, setiap amalan dilakukan dilakukan digandakan lagi oleh Allah, pintu2 syurga dibukakan untuk setiap mukminNya.. Indahnya Ramadhan. Jangan ha...

Renungan Di pagi Sayyidul Ayyam

Menjadi seorang muslim dan lahir sebagai muslim, kita diberikan tanggungjawab yang amat berat.. tentunya sebagai abdillah, sebagai khalifahnya dan sebagai muslim mukmin. tentunya menjadi seorang muslim perlu ada padanya sifat-sifat seperti di bawah : 1) Mempunyai sifat warak dan menjauhi perkara2 syubhat . ini adalah anjuran Rasulullah sebagaimana sabdanya yang bermaksud;"Perkara yang halal itu jelas, perkara yang haram itu jelas, dan di antara kedua-duanya ada perkara2 syubhat yang tidak diketahui oleh kebanyakkan orang. 2) Menundukkan pandangan : Menjauhi dan menundukkan pandangan khususnya daripada perkara2 yang haram yang boleh mendorong melakukan maksiat dan dosa. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud" Katakanlah kepada orang-orang lelaki yang beriman hendaklah mereka menahan pandangan" Surah ANnur ayat 30 3) Memelihara Lidah ; Memelihara lidah daripada berkata sesuatu yang kotor, sia-sia, mengumpat ataupun mengadu domba. Imam Nawawi mengatakan : setiap mukallaf ...

Tajuk 1 : Katakanlah Aku Beriman Kpd Allah, dan Istiqamahlah

Daripada Sufyan bin Abdullah R.A berkata :" Aku berkata kepada Rasulullah," Wahai Rasulullah katakanlah kepadaku sesuatu dalam Islam berupa perkataan yang tidak aku persoalkan kepada orang lainselain dirimu." Rasulullah Menjawab,"Katakanlah aku beriman kepada Allah S.W.T dan istiqamahlah." (Rawahul Muslim) Siapa Sufyan?? inilah sahabat Nabi yang telah memeluk Islam setelah Perang Hunain dan dirinya sentiasa memperbaiki Islam. Beliau mendatangi Rasulullah SAW dengan niat untuk memperbaiki agamanya supaya dasar tetap yang tidak akan menyimpang daripada pemahamannya. Begitu dalam kehidupan muslim dan orang beriman, iman itu yazid(bertambah) dan iman itu yanqus(berkurang) . Lantaran itu, sebagaimana Nombor telefon kita yang perlu sentiasa di top-up. Begitu juga dengan iman kita, perlu sentiasa di top-up. sementelah ada yang sentiasa irihati dan telah beriktikad akan menyesatkan anak-anak Adam ingin ke hari Kiamat. Itulah Syaitan Laknatullah. Firman Allah dalam Su...

SALAM MAULIDUR RASUL

Image
Salam MAulidur Rasul buat semua Sahabat dan Rakan Taulan. Semoga Ingatan dan Sunnah Rasul yang tercinta sentiasa di jiwa dan hati kita.,. Perbanyakkan selawat kepada Baginda, semoga beroleh syafaat dari Baginda... Hidupkan Sunnah Baginda dalam kehidupan seharian kita, agar kita tetap di jalannya...

KIsah seorang IBu

Assalamualaikum.... Ini cerita yang sarah dapat dari yahoogroups... harapnya ada perkongsian ilmu dalam penceritaan ini .. Cerita ini mungkin sudah anda ketahui, namun cerita ini dapat kita renungkan kembali buat kita yg masih ada Ibu tercinta. Senakal2nya anak, ortu tetap mencintainya. Selama masih ada waktu dan kesempatan yg Tuhan berikan, Sayangilah dan cintailah Ibu kita yg begitu besar jasanya buat kita. CINTA SEORANG IBU [Author : unknown] Alkisah di sebuah desa, ada seorang ibu yang sudah tua, hidup berdua dengan anak satu-satunya. Suaminya sudah lama meninggal karena sakit. Sang ibu sering kali merasa sedih memikirkan anak satu-satunya. Anaknya mempunyai tabiat yang sangat buruk yaitu suka mencuri, berjudi, mengadu ayam dan banyak lagi Ibu itu sering menangis meratapi nasibnya yang malang , Namun ia sering berdoa memohon kepada Tuhan : "Tuhan tolong sadarkan anakku yang kusayangi, supaya tidak berbuat dosa lagi Aku sudah tua dan ingin menyaksikan dia bertobat sebelum ...

8 perkara 8 amalan

Siapa Yang Tidak Sanggup Mengerjakan Yang Lapan , Maka Hendalah Dia Berbuat Lapan Macam Perkara Bagi Mencapai Pahala Yang Lapan:- 1) Siapa Yang Hendak Pahala Sembanyang Malam Sedangkan Dia Ketiduran Maka Jangan Nerbuat Maksiat Pada Siang Harinya. 2) Siapa Yang Hendak Pahala Puasa Sunat, Maka Hendaklah Dia Menjaga Lidahnya. 3) Siapa Yang Hendak Kelebihan Ulamak, Maka Hendaklah Dia Suka Berfikir Yang Baik, 4) Siapa Yang Hendak Pahala Jihat Maka Hendaklah Dia Duduk Dirumahnya, 5) Siapa Yang Ingin Pahala Sedekah Sedangkan Dia Tiada Harta Hendaklah Dia Mengajar Ilmu Agama Yang Telah Didengari, 6) Siapa Yang Hendak Pahala Haji Sedangkan Dia Tiada Kemampuan Maka Hendaklah Dia Mengerjakan Sembahyang Jamaah, 7) Siapa Yang Hendak Mencapai Fadhilat Orang Beribadat Maka Jauhilah Persengketaan Dan Jangan Menimbulkan Sengketa, 8) Siapa Yang Hendak Pahala Orang Orang Abdaal Maka Hendaklah Beliau Redo Dengan Apa Yang Menimpa Dirinya.
Jangan dipandang air mata yang mengalir Tapi pandanglah tangan yang melakukan OLEH :ABD.BASIT ABD.RAHMAN Bukanlah satu perkara yang ajaib kalau kita dapati ada golongan yang cuba menyekat perlaksanaan Islam dari segenap aspek kehidupan dan cuba untuk memburukkannya dengan berbagai cara, tapi yang ajaibnya ada dikalangan orang muslim yang mempercayai dakwaan mereka kerana perbuatan itu menyalahi apa yang mereka ucapkan dalam pengakuan syahadah, wala’ atau kesetiaan yang mereka berikan kepada musuh Islam menyingkap kesesatan dan tipudaya yang mereka lalui, ramai pemimpin umat Islam berucap mengatakan kebaikan dan keelokan Islam, menangis dan berdukacita terhadap bala bencana yang menimpa umat Islam, mereka mendakwa telah melaksanakan syariat dan nilai-nilai Islam, tapi dalam masa yang sama penjara mereka dipenuhi oleh para pendakwah Islam, darah orang yang baik mengalir dengan murah dan ramai yang terpaksa berpisah dengan keluarga dan kampung halaman. Kita dapati juga mereka...
Jangan dipandang air mata yang mengalir Tapi pandanglah tangan yang melakukan OLEH :ABD.BASIT ABD.RAHMAN Bukanlah satu perkara yang ajaib kalau kita dapati ada golongan yang cuba menyekat perlaksanaan Islam dari segenap aspek kehidupan dan cuba untuk memburukkannya dengan berbagai cara, tapi yang ajaibnya ada dikalangan orang muslim yang mempercayai dakwaan mereka kerana perbuatan itu menyalahi apa yang mereka ucapkan dalam pengakuan syahadah, wala’ atau kesetiaan yang mereka berikan kepada musuh Islam menyingkap kesesatan dan tipudaya yang mereka lalui, ramai pemimpin umat Islam berucap mengatakan kebaikan dan keelokan Islam, menangis dan berdukacita terhadap bala bencana yang menimpa umat Islam, mereka mendakwa telah melaksanakan syariat dan nilai-nilai Islam, tapi dalam masa yang sama penjara mereka dipenuhi oleh para pendakwah Islam, darah orang yang baik mengalir dengan murah dan ramai yang terpaksa berpisah dengan keluarga dan kampung halaman. Kita dapati juga mereka...

QunutNazilah

Image
Marilah sama-sama, kita ummat Islam bacakan doa ini setiap kali solat kita, semoga diringankan bebanan ummat Palestine tika ini. Imam Syafi'i rahimahullah berkata: "Apabila turun musibah kepada kaum muslimin disyariatkan membaca qunut nazilah pada seluruh solat wajib."

Yang halal dan haram itu Jelas

Yang Haram dan Yang Halal itu Jelas عن أبي عبد الله النعـمان بن بشير رضي الله عـنهما ، قـال : سمعـت رسـول الله صلي الله عـليه وسلم يقول: إن الحلال بين ، وإن الحـرام بين ، وبينهما أمـور مشتبهات لا يعـلمهن كثير من الناس ، فمن اتقى الشبهات فـقـد استبرأ لديـنه وعـرضه ، ومن وقع في الشبهات وقـع في الحرام ، كـالراعي يـرعى حول الحمى يوشك أن يرتع فيه،ألا وإن لكل ملك حمى ، ألا وإن حمى الله محارمه ، ألا وإن في الجـسد مضغة إذا صلحـت صلح الجسد كله ، وإذا فـسـدت فـسـد الجسـد كـلـه ، ألا وهي الـقـلب رواه البخاري ومسلم Maksudnya: Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya yang halal itu terang (jelas) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat (tidak terang halal atau haramnya) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke...

Ciri -ciri Wanita Solehah Idaman

Assalamualaikum,Salam Ceria Salam Kasih Sayang semua, Malam ni tak boleh nak lelap lagi, so bacakan buku, tertarik dengan tajuk ini, bagaimana tandanya untuk mengenali wanita solehah dan mempunyai akhlak dan maruah yang baik, Antaranya : Menjaga Ibadahnya : Wanita Solehah pastinya mereka sentiasa menjaga ibadah mereka seperti tekun dan bersungguh2 dalam beribadah seperti membaca Al-quran,berzikir dan berselawat Sabar dengan Ujian : Sentiasa bersifat terbuka dan sabar ketika dilanda mehnah, tribulasi dan ujian dalam kehidupan seharian, Pastinya tidak mudah putus asa dalam diri. Baik Akhlak dan pekerti : Wanita Solehah pastinya sentiasa cuba memperbaiki dan dan menjaga hubungannya sesama manusia. Dia tidak suka menyakiti perasaan dan hati orang lain. Taat kepada ibu bapa : Menjaga hati dan perasaan serta hubungannya dengan insan yang penting dalam hidup. Memuliakan dan menhormati serta sentiasa membantu keduanya dalam senang atau susah Menghormati Orang Yang lebih Tua : Sentiasa berso...

Ciri -ciri Wanita Solehah Idaman

Assalamualaikum,Salam Ceria Salam Kasih Sayang semua, Malam ni tak boleh nak lelap lagi, so bacakan buku, tertarik dengan tajuk ini, bagaimana tandanya untuk mengenali wanita solehah dan mempunyai akhlak dan maruah yang baik, Antaranya : Menjaga Ibadahnya : Wanita Solehah pastinya mereka sentiasa menjaga ibadah mereka seperti tekun dan bersungguh2 dalam beribadah seperti membaca Al-quran,berzikir dan berselawat Sabar dengan Ujian : Sentiasa bersifat terbuka dan sabar ketika dilanda mehnah, tribulasi dan ujian dalam kehidupan seharian, Pastinya tidak mudah putus asa dalam diri. Baik Akhlak dan pekerti : Wanita Solehah pastinya sentiasa cuba memperbaiki dan dan menjaga hubungannya sesama manusia. Dia tidak suka menyakiti perasaan dan hati orang lain. Taat kepada ibu bapa : Menjaga hati dan perasaan serta hubungannya dengan insan yang penting dalam hidup. Memuliakan dan menhormati serta sentiasa membantu keduanya dalam senang atau susah Menghormati Orang Yang lebih Tua : Sentiasa berso...