Posts

Showing posts with the label aktiviti anak2

Shopping @ PKT Pasir Tumboh

Image
assalamualaikum dan salam sejahtera hai , diari mamahusna bersiaran hari ini, beberapa minggu tidak update blog yang makin suram ni, kali ni nak share pengalaman anak2 pergi shopping di PKT, kebetulan minggu lepas pergi membeli barangan hiasan untuk bilik SPBT sekolah, so berikan kesempatan ini untuk anak-anak tolak mini troli, suka kakak dan naufal . sambil tu mamanya merakamkan momen -momen ni dalam pic dengan kamera handset yang seciput..  enjoy the pic  haa.. inilah kakak, penuh trolinya.. ini pula naufal... terkedek2 bawa troli..

Kakak Luka, Adik Demam

Image
Assalamualaikum ,   Minggu ni betul-betul di uji dengan pelbagai mehnah dan cabaran, mungkin pada orang lain ia adalah biasa, dan sememangnya biasa, tetapi tetap saya katakan sebagai mehnah, kerana ia adalah ujian yang perlu saya hadapi, dalam menguji kesabaran dalam hidupan harian, dalam membesarkan anak2 yang mungkin terdapat padanya seribu satu feel yang perlu di hadapi dalam menguji kematangan, tindakan, sebagai seorang ibu... minggu ni adik naufal masih lagi demam yang kejap kebah pastu balik.. memang kesian kat naufal, mama pula penuh dengan aktiviti seminggu, tak dapat nak meredakan kesakitan adik sepenuh masa, terasa macam nak ambil MC. tapi fikir adik duk dengan nenek kat rummah, lega sikit... tak bawa pula ke klinik, sebab tentunya bila dr bagi ubat, memangnya tak makan...  alhamdulillah, saat ini tubuhnya dah tak panas dan sudah kebah, harap2 berterusan lah... Amen petang tadi juga, kakak insyirah dilanda musibah, mama dah larang, tapi tak dengar larangan mama, a...

Kakak, Adik & Angry birds

Image
terlalu sukakan barangan angry bird, nak pujuk hati kakak untuk ke sekolah, belikan beg sekolah untuk kakak, kakak memang sukakan warna biru.. semua barang nak warna biru, adik pun dah terikut sama, entry ni sepatutnya buat ada 24/1 baru ni... tapi disebabkan 'M" huhuhu... 

Kakak Insyirah berdialog tentang gigi

Image
tengah ralit tengok masterchef tadi, ada iklan tentang ubat gigi & perempuan tersenyum menunjukkan giginya yang putih bersinar rasanya, maka kakak pun mula bertanya : kakak : mama.... puti gigi dia kan mama ? mama : ya .......... gigi kakak? kakak : gigi kakak putih kae (kan) mama... gigi bawah kakak putih... gigi atas kakak tak comel ... burukkan ? mama : ya... tapi nanti kakak dapat gigi baru , kakak kena jaga betul2 ya... kena berus sokmo... kakak. : okkkkkkkkkkk... kakak & adik kat diapers room kat TESCO KB baru-baru ni.. macam-macam anak mama ni, adik naufal , lepas sudah makan mee, mama nak cuci gigi dia... ya Allah... langsung tak nak buka mulut, diketapnya bibir mulut... dah karang dah giginya... huhuhu... yang best, bila tanya, adik dah kenyang ? jawabnya : erkkkkkkk... (gaya sendawa & tunjuk perut ) tanda kenyang.......... heiiiiiiiiiiiii.... geramnya mama. keletah anak2 amat menghiburkan, tatkala berfe'el... kena sabar...

kakak insyirah dan adik naufal

lamanya tak bercerita tentang anakanda berdua ni, banyak cerita2 yang nak dicoretkan sebagai rujukan masa akan datang... cerita pertama : kakak,  2 hari lepas, secara tiba-tiba bertanya pada mama  kakak : mama, sedap ke adik nenen?* terkesima mama sekejap, dalam hati kenapa blh keluar soalan ni... mama : sedaplah, macam kakak dulu, kakak pun sama macam adik.. kakak : ooooooooooooooooooooo........................... adik pula : alhamdulillah dah pandai menyebut beberapa perkataan dengan betul spt :Allah ,  Muhammad  mama, baba air, atas, kakak, pastu kalau nak mandi mesti sebut ndi, singkatan pada mandi lagi satu, dah boleh ingat beberapa huruf hijaiyyah, kalau kita sebut aliff... dia dah sebut ba, kalau sebut ta, dia sebut tsa, kalau sebut jim dia sebut ha... seronok nya mama dan baba lagi satu adik dah boleh ingat nama penuh dia... dulu kalau sebut Muhammad takde apa2 yang disambung tapi sekarang kalau sebut Muhammad mesti adik naufal akan sambung mcm ni : ...

aktiviti kakak dan adik

Image
Assalamualaikum dan salam sayyidul ayyam.  hari kakak menunjukkan kemahirannya melipat kain... alhamdulillah.. praise to Allah. kakak dah blh tlg mama dalam kerja2 rumah... tgklah aksi mereka berdua eh adik naufal pun nak tolong juga ya.. kakak baru sudah mandi, rambut tak bersikat .. melipat baju tidurnya haaaaaa.. inilah hasilnya... baju adik naufal dan baju kakak disebelahnya... emm .. boleh bagi markah B nanti upgrade lagi ya sayang..