Posts

Showing posts from February, 2009

KIsah seorang IBu

Assalamualaikum.... Ini cerita yang sarah dapat dari yahoogroups... harapnya ada perkongsian ilmu dalam penceritaan ini .. Cerita ini mungkin sudah anda ketahui, namun cerita ini dapat kita renungkan kembali buat kita yg masih ada Ibu tercinta. Senakal2nya anak, ortu tetap mencintainya. Selama masih ada waktu dan kesempatan yg Tuhan berikan, Sayangilah dan cintailah Ibu kita yg begitu besar jasanya buat kita. CINTA SEORANG IBU [Author : unknown] Alkisah di sebuah desa, ada seorang ibu yang sudah tua, hidup berdua dengan anak satu-satunya. Suaminya sudah lama meninggal karena sakit. Sang ibu sering kali merasa sedih memikirkan anak satu-satunya. Anaknya mempunyai tabiat yang sangat buruk yaitu suka mencuri, berjudi, mengadu ayam dan banyak lagi Ibu itu sering menangis meratapi nasibnya yang malang , Namun ia sering berdoa memohon kepada Tuhan : "Tuhan tolong sadarkan anakku yang kusayangi, supaya tidak berbuat dosa lagi Aku sudah tua dan ingin menyaksikan dia bertobat sebelum

Kehijauan Yang Mengasyikkan

Image
Gambar tika dalam perjalanan pulang dari PEKAN tempoh hari, kat tepian pantai Penarik, Setiu. Dua gambar ni, snap dengan rumah MIL, actually, my FIL, memang creative orangnya, dulu masa kerja kat sekolah , memang menjadi kesayangan sekolah sebab bab2 keceriaan sekolah memang bagus.

Aksi dan gelagat Insyirah

Image
Salam untuk semua, Hari ni, just nak masukkan gambar-gambar Insyirah, sebenarnya dah lama snap gambar ni, cuma disebabkan line broadband tak ok, postpone dulu.. sekarang dah ok, layan gambar my dotter, dah lama rasanya tak menceritakan perkembangannya, kalau kat blog dulu, selalu je cerita tentang dotter ku ini, Bersama paksu nya, kat lama rumah MIL, pagi2 lagi dah lompat2.. suka lah tu boleh melompat. Aik, mendongak ke langit, mencari sang mentari pagi ke tu?? sepanjang pagi, habis bunga, pasir dan batu2an di pegang, sebagai pembelajaran untuknya. Mengajak paksunya ke mendaki tangga, kebetulan rumah MIL ditepi jalan, emm risau juga bila dah pandai jalan sendiri ni, takutnya terlepas ke tepi jalan, itulah, sebagai ibu bapa, dan orang dewasa mesti sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak.

8 perkara 8 amalan

Siapa Yang Tidak Sanggup Mengerjakan Yang Lapan , Maka Hendalah Dia Berbuat Lapan Macam Perkara Bagi Mencapai Pahala Yang Lapan:- 1) Siapa Yang Hendak Pahala Sembanyang Malam Sedangkan Dia Ketiduran Maka Jangan Nerbuat Maksiat Pada Siang Harinya. 2) Siapa Yang Hendak Pahala Puasa Sunat, Maka Hendaklah Dia Menjaga Lidahnya. 3) Siapa Yang Hendak Kelebihan Ulamak, Maka Hendaklah Dia Suka Berfikir Yang Baik, 4) Siapa Yang Hendak Pahala Jihat Maka Hendaklah Dia Duduk Dirumahnya, 5) Siapa Yang Ingin Pahala Sedekah Sedangkan Dia Tiada Harta Hendaklah Dia Mengajar Ilmu Agama Yang Telah Didengari, 6) Siapa Yang Hendak Pahala Haji Sedangkan Dia Tiada Kemampuan Maka Hendaklah Dia Mengerjakan Sembahyang Jamaah, 7) Siapa Yang Hendak Mencapai Fadhilat Orang Beribadat Maka Jauhilah Persengketaan Dan Jangan Menimbulkan Sengketa, 8) Siapa Yang Hendak Pahala Orang Orang Abdaal Maka Hendaklah Beliau Redo Dengan Apa Yang Menimpa Dirinya.

Lepas Perasaan

Assalamualaikum, Lama betul tak masukkan enttry, 2 3 hari lepas memang terlampau penat, dengan kelas takmik, terus bersambung dengan aktiviti Ko-ku ,apalagi, latihan rumah sukan lah,tak sempat nak online... huhuhhu/... tadi, baru je lepas Bengkel Penentuan Buku Teks bagi tahun 2010.,... pening sekejap kepala ni , nak mengisi borang 190, walaupun dah 2 3 tahun mengisinya, asal je nak isi mesti poning kepala ini... tak tahulah kenapa.. he he... mesti buat dengan berhati2 kalau tidak effectnya tahun depan dapat bekalan yang tak sama lah dengan jumlah murid... nauzubillah, Ni satu hal lagi, buka je blog sesapa, hatta blog sendiri, gambarnya tak appear, entah kenapa lah??? lagi pula, nak upload gambar pun tak dapat. geramnya...!!! Rasa macam nak tukar je, pakai streamex pula, tapi bila fikir2 balik, kalau balik rumah mak and MIl tak dapat lah nak online.. itu yang teragak2 ni... huhu tolong~!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! takde mood nya.. ok itu aje.. lah untuk hari ni...

Khidmat Masyarakat PLKN di SKSE

Image
Hari ni kan, SKSE menerima kedatangan Pelatih2 dari PLKN Kem Batu Jong Kuala Krai, ini adalah kesinambungan dari tahun lepas, cuma tahun ni takde pula senamrobik bersama mereka.Emm kedatangan mereka ni adalah untuk Khidmat Bakti, ok joommmmmmmm tengok... antara gambar2 yang sempat di snapkan/....... Sebahagian Pelatih PLKN dari Kem Batu Jong, Kuala Krai. Seramai 83 orang datang untuk memberikan khidmat bakti mereka. Glamer kejap diorang ni, mana taknya,di kerumuni oleh murid2 aka anak2 didikku, meminta autograf, hai tak menang tangan diorang ni., KAlah Mawi... (jangan mare ye Mawi) Tahun ni juga , aku sangat2 gembira rasanya, kenapa??? alhamdulillah syukur, tahun ke 5 aku bersama2 jqaf di SKSE, akhirnya kami mendapat bilik kami juga. Suka kan?? yelah, banyaklah perkara yang perlu dibuat. dan pastinya kami2 semua ber5 akan lebih bersemangat. Kesempatan ini juga, tenaga kerja Pelatih PLKN digunakan sepenuhnya untuk meng"clearkan" bilik tersebut. Emmmmmmmm Ini lah buku2 yang pe

BUKU MANIS UBI

Image
Assalamualaikum dan Salam kasih Sayang semua , Hari ni nak share kan resepi Buku Manis Ubi, emm antara makanan traditional di kelantan. Resepinya sangat mudah dan ringkas aje. Sebenarnya petang jumaat lepas mak yang buatkan, kebetulan ubi kayu diberikan oleh cikhae(mak sedaraku) .. so ayah apa lagi, mengidam nak makan ni.. Ok kawan2 semua, inilah step dan bahan untuk membuatnya : Bahan2nya : Ubi kayu ( anggaran 4 ketul pjgnya dalam 10cm) diparut ya! Daun pisang(untuk membungkus) *Gula melaka aka nissae ( 4 keping) *Santan(anggaran 3 cawan) * Di masak bersama sehinggan pekat ya! Caranya : Masukkan bancuhan santan tadi ke dalam ubi yang diparut. Gaul sebati. Daun pisang di potong berbentuk diamod utk memudahkan bungkusan. Masukkan adunan ke dalam daun pisang dan di bungkus seperti di atas, Kemudian kukuslah selama lebih kurang 20minit. Tadaaaaaaaaa.. dah masak, sedia untuk dihidang.

Roti Pita

Image
Salam alls, Petang tadi,. makan roti pita,, dah terliur pula tengok roti pita kat kakchik blog, and actually dah lama tak makan roti pita ni, so semalam keluar shopping belikan alat2 dan bahan untuk buat inti. Roti pita ni dah ready made sebenarnya ; ok lah ini resepinya : Roti Pita sosej timun dan tomata mayonis Sos cili Caranya : sosej direbus dan di potong kecil timun dan tomata di parut. gaulkan semuanya dengan mayonis dan juga sos masukkan inti dalam roti pita sedia di makan.

Kawan Baby Insyirah

Image
inilah dia dua orang kawan Insyirah sejak tinggal di perumahan ini. Yang duk sebelah kiri namanya Ainun dan sorang lagi Izzati, Keduanya dalam standard 5. Dan mereka jugalah anak didikku yang pertama semenjak posting di SKSE. Generasi perintis program j-QAF 2005. Insya Allah. Dua2 nya memang rajin :) Setiap petang,memang mereka akan datang membawa Insyirah jalan2 dan bermain di Taman, tentunya di awasi oleh baba. Tak harap tau, mama Insyirah pula, masa ni peluang untuk mengadap laptop dan mengemas rumah. tapi banyaknya mengadap internet . Kerana tiada sebarang gangguan. Sekarang ni pun Insyirah dengan mereka bertiga.

Jurnal 4 : bersama SIFU

Image
Sifuku dan hasil seni ku... Inilah diriku bersama kak zati , sifuku yang telah lama ku ikuti webnya , Walaupun hamil trimister terakhir dan hanya menunggu saat melahirkan babynya, dia tetap lincah dan lasak . Alhamdulillah niat yang lama terpendam untuk bertemunya selama ni akhirnya tertunai melalui perjalanan kemi ke PEKAN. Pastinya inilah tujuan utamaku, memcari ilmu tentang cupcake, satu cabang ilmu tentang bakery yang menjadi kegemaranku. Antara hasil hiasan fondant icing di atas cup cake, memerlukan satu kesabaran dan kreativiti yang tinggi, hasil tunjuk ajar dan panduan dari sifu yang sabar dengan karenahku dan iklan bersama Insyirah, antara dugaan yang dihadapi di dalam kelasku. Touch Up menggunakan buttercream dan Blossonm rose antara yang sukar utk ku buat, banyak cubaan yang dibuat di atas board sebelum di apply ke atas cup cake... sabar sabar sabar..... Elmo yang menjadi kesukaan ku... he he dulu kan masa kecil2 suka sangat nonton sesame street.. Semua hasil ku, 25 biji

Menu petang Ini ::PoPiA Rojak

Image
Salam semua, baru je lepas minum petang, Popia Rojak yang dibeli lepas pulang dari sekolah tadi... Sedapnya, kenyang betul saya makannya... sementelah makan sorang semanggkuk tu... baba tak berapa suka makan2 rojak ni. Nak resepi ke? biasa aje ... popia goreng, nenas dan timun dipotong, pastu kacang goreng yang ditumbuk, then sosnya..( yang ni tak tau) oklah, sebenarnya takde apa yang nak di story-storykan, cuma bila dah kembali ke sekolah, masa yang ada pun menjadi terhad, Hari ni juga mula aktiviti ko kurikulum, tapi giliran rumah Hijau, esok, so saya akan berada di padang esok... sian baby, kena tinggal lagi.. huhuhu