Posts

Showing posts from November, 2009

SALAM EIDUL ADHA

Rasanya belum terlewat untuk kami sekeluarga mengucapkan salam eidul Adha kepada semua pengunjung blog damaiimpiana. Semoga Eidul Adha kali ini memberi pengertian yang mendalam dalam kita memahami dan mencari maksud di sebalik pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang membawa kita kepada ibadah korban kini. Semoga Ibadah haji yang dilakukan oleh muslimin dan muslimat diterima Allah dan pulang dengan Haji Mabrur... Insya Allah bagi yang belum lagi diberi kesempatan seperti kami ini untuk dijemput menjadi tetamu Allah. doa dan harapan agar dipermudah olehNya untuk ke sana.. Insya Allah Salam Aidul adha untuk semua. Sarah tinggalkan satu artikel menarik dari Ustaz Uzar (Zaharuddin) untuk tatapan kalian semua.. sebagai bekalan untuk semua dan diri yang kerdil ini. Sebelum ini juga ramai yang bertanya sama ada boleh digunakan gelaran ‘Haji' kepada mereka yang sudah selesai menunaikan haji. Saya teringat ada seorang kenalan saya, sekitar 10 tahun dahulu memarahi seorang rakannya kera

New MPV : Perodua Alza... cutenya...

Image
Classy Purple So classy like its name ... Cantik... cute... emmm.... sporty pulak tengok Alza.. secantik namanya... Emmm boleh masukkan dalam wishlist juga ke??? amacam baba???? sesuai tak??? he he he nanti kita pi pandu uji... mana tau lepas dah pandu uji terpikat pula... boleh terus tempah... Suka sangat tengok warna ni... semalam tengok dalam TV3 dan MHI pagi ni... comelnya dia... sesuai utk semua ... dari yang bujang, wanita, berkeluarga... ixory white ni pun comel juga... emm,,, tak tahu mana satu nak pilih... dua 2 lawa dan cute.. and 0ne more thing jimat minyak... ehh macam serius je nak beli .. ya ke?? emmm tanya little dotter .. cantik tak keta ni dik? antik(cantik) jawab insyirah,,, hai baba... macamana???

Aktiviti Sepanjang Minggu Lepas

Assalamualaikum dan salam ukhuwwah semua, Lamanya tak mengukir sesuatu di sini, berkongsi cerita dek dihambat masa, seolah-olah masa terlalu pendek buat kita tatkala dalam kesibukan, tapi andai diri lapang tanpa sebarang kerja atau dihambat kesibukan terasa lamanya masa.. Tapi awass!!! jangan kita terlena di ulit masa dan mimpi panjang tanpa sebarang manfaat. Alhamdulillah hari ni, ada sedikit ketenangan dan juga diberi kesihatan oleh Rabbul Izzati untuk mencoretkan sesuatu di sini.. Sepanjang minggu lepas terlalu sibuk dengan urusan sekolah dan juga masalah kesihatan yang kurang memuaskan.. walaupun Red Warriors kalah tapi terima lah dengan reda, jangan menunjukkan akhlak yang kurang baik.. nah!! bukankan itu menjatuhkan imej warga cik siti wan kembang?? kerana nila setitik rosak susu sebelanga..... tinggalkan aje isu tersebut tapi natijahnya ramai yang sudah maklum... siapa yang binasa??? Minggu lepas, dua hari berturut2 ( 9 & 10 / NOV) Sarah terlibat dengan KEM LITERASI AL-QURAN

Kisah Rasulullah SAW.....

Kisah Rasulullah S.A.W sebagai pengajaran 1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual. 2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. 3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.' 4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai