Posts

Showing posts from March, 2010

Rehlah di Latarek.. menyeronokkan

Image
Assalamualaikum... sekian lama menyepi.. tanpa cerita, berita.. dah berabuk sawang ku ini... apa khabar teman2 semua? Terima kasih kerana sudi menjengah sini, sila2 lah tinggalkan jejak dan kesan,.. insya Allah sedikit masa lagi , saya cuba menziarah blog kekawan semua... Cuti seminggu hanya memenuhi undangan perkahwinan dan bz dengan aktiviti yang tidak putus2... hilang nikmat untuk berehat.. :) tapi tak mengapa... akhirnya hari Jumaat, 2 hari sebelum cuti sekolah berakhir, sempat kami merancang rehlah bersama2 4 family.. my family, my mil and Fil family.. family sepupu baba,... alhamdulillah kami bertolak selepas jumaat. awalnya tidak hujan .. tapi bila sampai di Latarek ... Allah menurunkan nikmat hujan ... hanging out dalam kereta buat sementara.. ingatkan tak dapat nak BBQ ayam, alhamdulillah... hujan akhirnya reda.. dan kami boleh beraktiviti.. biarlah pic yang kami snap mengambarkan suasana dan mood kami semua.... Antara Juadah yang tersedia. seronokkan??? my adik2 dan lil ins

Penat Fizikal dan Minda

Assalamualaikum... Dah beberapa hari blog tidak terusik.. 2 minggu ni.. betul2 penat dengan aktiviti sekolah yang berurutan sehinggakan terasa kurang rehat. Pulang je dari sekolah terasa penat sangat2.. Bermula minggu lepas start 1 Mac-3 mac latihan rentas desa dan sukaneka.. melatih murid sepagi setiap hari, hari Rabu bermula sukan... tiada luang dan ruang untuk merehatkan diri, 4 Mac ( Khamis) Mesyuarat Agung PIBG, sehingga jam 5 petang... pulang ke rumah pula.. bekalan air terputus selama 4 hari berturut.. Terasa betul2 penat... minda dan fizikal.. balik aje terus nak landing ( baring merehatkan diri, dengan keadaan berbadan dua .. lagi2lah memenatkan.. syukur baba memahami dan banyak membantu urusan rumahtangga. pendek kata, 80% diuruskan baba, lantaran tidak ada kudrat utk melakukanya.. Malam ni pula nak siapkan analisa Ujian bulanan baru2 ni... baru aje selesai mengisi markah dalam kad ujian bulanan pelajar,,, mata dah kuyu, badan dah menagih rehat... tapi belum boleh laksanakan

Join Kelas Bakery..

Image
Assalamualaikum dan salam semua... Pagi tadi join kelas masakan yang dianjurkan oleh YL Ingredient di Kuala Krai, 1st time he he mencari ilmu masakan. 5 resepi yang diajar antaranya Sponge Cake, Pandan Layer Cake, Cotton Cheese Cake, dan juga pau/ man Tou.. alhamdulillah .. bertambah2 ilmu bakary ku.. disamping mengenali kawan2 baru. Ni antara Pic yang sempat diambil.. enjoy the pics.. Pandan Layer Cake Cotton Chesse Cake Mantaou Insya Allah, nanti nak buat bila ada masa senang.. sekarang tidak senang lagi.. walapun weekend, tetapi tiada air huhu.. dah 2 hari air takde .. kain baju dan bertimbun tak terbasuh lagi... ingatkan hari ni boleh membasuhnya, setelah seminggu kepenatan dengan aktiviti sekolah. Insya Allah nanti update aktiviti sukaneka dan rentas desa serta mesyuarat PIBG yang berlangsung sepanjang minggu..