Alhamdulillah, selesai sudah kursus
Alhamdulillah, pagi tadi tepat jam 10.30 pagi , maka selesai sudah kursus KSSR Tahun 3 yang saya hadiri selama 4 hari bertempat di SKSYP 2, bermula 25-28 September 2012... Kursus ini diwajibkan kepada semua guru GPI yang akan mengajar murid-murid tahun 3 untuk tahun 2013 nanti... jadi saya telah menjadi guru GPI selama 4 hari ( ada ceritanya di sini, kenapa daku menjadi GPI) tapi biarlah rahsia bak kata Siti Nurhaliza... bagi yang mengetahuinya ... shhhhhhhhhhhhhhhhh aje ya... saya sematkan dalam jiwa/hati bahawa Allah mahu memberikan sesuatu yang terbaik untuk saya... amen... amen... amen... Sekurang-kurangnya selama 4 hari berkursus, banyak info terkini, perkongsian,serta penambah baikkan yang telah saya perolehi disana.. Syukur padanya selama saya bersama-sama geng-geng GPI, saya dapat mengutip mutiara pengalaman daripada guru-guru yang telah mengikuti kursus ini dan telah melaksanakannya diperingkat sekolah mereka. Ada di kalangan mereka yang dah melaksanakannya 100% da