Assalamualaikum dan salam aidil Adha.. sekadar nak luahkan rasa, 2 minggu ni sedang berusaha nak lepaskan naufal dari menyusu, pelbagai cara dibuat, insya Allah saya akan kongsikan kaedah /cara tersebut selepas saya berjaya weaning off ya. Adik Naufal: mama bukan sengaja untuk berbuat demikian, mama terpaksa kerana adik sudah berumur 2 tahun 4 bulan, dan mama telah membuat bacaan waktu2 terbaik untuk menghentikan penyusuan anak-anak dan bertekad untuk menghentikannya dalam tempoh ini. Mama harap adik faham, mama terpaksa tabahkan hati tatkala tengok adik sayu aje hari ni, badan pun dah panas-panas. bila diberikan susu botol, adik menolak.. adik tak nak makan, mungkin adik tak berselera, seperti ada sesuatu kekosongan antara kita, mama nak peluk adik,tapi adik menolak, mungkin adik marah pada mama kan??? takpe,,, mama faham.. cuma mama berikan masa untuk adik terima keadaan ini ya..lambat atau cepat adik kena terima juga.. segalanya adalah utk kebaikan kita bersama :) adik nak