Posts

Showing posts from November, 2012

AMALAN KETIKA ANAK SEDANG TIDUR

Image
Dalam pada kita mendidik anak-anak, marilah sama-sama kita amalkan perkara-perkara di supaya lebih berkesan kepada jiwa dan roh anak-anak.. selamat beramal  ♥Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. seterusnya, ♥Membaca surah al fatihah 1 kali,alam nasyrah 1 kali.Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya. ♥Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya. ♥Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak. ♥ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﻟﻠﻪ♥ 

Salam Maal Hijrah 1434H

Image
Salam Maal hijrah dari kami semua.. semoga 1434H memberikan kita peluang untuk lebih bekerja,beramal dan bertindak kerana Allah