Posts

Aidil Adha dan Aqiqahkan Naufal

Image
Assalamualaikum........... mengimbas cer sebelum ke tempat penyembelihan ralit nya daging sebelum di agihkan kepada 7 bahagian Semoga kita semua mampu menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s  dan Nabi Ismail a.s

Sayu hati , tapi mesti tabah

Assalamualaikum dan salam aidil Adha.. sekadar nak luahkan rasa, 2 minggu ni sedang berusaha nak lepaskan naufal dari menyusu, pelbagai cara dibuat, insya Allah saya akan kongsikan kaedah /cara tersebut selepas saya berjaya weaning off ya. Adik Naufal: mama bukan sengaja untuk berbuat demikian, mama terpaksa kerana adik sudah berumur 2 tahun 4 bulan, dan mama telah membuat bacaan waktu2 terbaik untuk menghentikan penyusuan anak-anak dan bertekad untuk menghentikannya dalam tempoh ini. Mama harap adik faham, mama terpaksa tabahkan hati tatkala tengok adik sayu aje hari ni, badan pun dah panas-panas. bila diberikan susu botol, adik menolak.. adik tak nak makan, mungkin adik tak berselera, seperti ada sesuatu kekosongan antara kita, mama nak peluk adik,tapi adik menolak, mungkin adik marah pada mama kan??? takpe,,, mama faham.. cuma mama berikan masa untuk adik terima keadaan ini ya..lambat atau cepat adik kena terima juga..  segalanya adalah utk kebaikan kita bersama :) adik ...

Alhamdulillah, selesai sudah kursus

Alhamdulillah, pagi tadi tepat jam 10.30 pagi , maka  selesai sudah kursus KSSR Tahun 3 yang saya hadiri selama 4 hari bertempat di SKSYP 2, bermula 25-28 September 2012...  Kursus ini diwajibkan kepada semua guru GPI  yang akan mengajar murid-murid tahun 3 untuk tahun 2013 nanti... jadi saya telah menjadi guru GPI selama 4 hari ( ada ceritanya di sini, kenapa daku menjadi GPI) tapi biarlah rahsia bak kata Siti Nurhaliza... bagi yang mengetahuinya ... shhhhhhhhhhhhhhhhh aje ya...  saya sematkan dalam jiwa/hati bahawa  Allah mahu memberikan sesuatu yang terbaik untuk saya... amen... amen... amen...  Sekurang-kurangnya selama 4 hari berkursus, banyak info terkini, perkongsian,serta penambah baikkan yang telah saya perolehi disana.. Syukur padanya selama saya bersama-sama geng-geng GPI, saya dapat mengutip mutiara pengalaman daripada guru-guru yang telah mengikuti kursus ini dan telah melaksanakannya diperingkat sekolah mereka. Ada di kalangan mereka yan...

Suasana Hari Raya & sambutan hari lahir... 19/hb

Image
biarlah gambar menceritakan segalanya...suasana petang raya pertama di rumah mak .. kek russian black and white untuk birthday adik keduaku  semoga Allah memberkati mu dan kehidupan mu   ayah dan pakcik lan mak tok kami kami sekeluarga :)  adik lelaki ku yang ke 3   sibuk menjamu selera eh.... buah rambutan...  kerana nak kan buah rambutan di seberang sungai, kancil telah memperdaya si buaya tersebut kesian buaya...  kancil... kancil...

Peminat Setia Oh My English !

Image
Assalamualaikum ,  Salam Ramadhan yang ke 9, semoga Ibadat Puasa kita lebih baik daripada hari-hari sebelumnya..  semalam check handset, tengok-tengok ada gambar / scene Oh My English!!! inilah dia peminat setia Oh My English !!! setiap hari balik aje dari sekolah, mesti tanya : "mama, ada oh My english ??? pendek kata, TV memang di "conquer" oleh mereka berdua.

Rasulullah Usahawan Hebat

credit to Lyna Noh.. tadi along azlina ada postkan tentang bisnes RasulullahSAW , so mamahusna nak share kat sini , dan sebagai rujukan masa akan datang  Bisnes tanpa modal - Rasulullah memperdagangkan barang2 Pakciknya Ejen jualan - Rasulullah menjadi wakil jualan barangan Khadijah & Baginda benar2 berjaya Network - Baginda ikut mana2 tempat yg ramai pedagang, join exhibition, jalin hubungan International trading - Baginda tak meniaga d Mekah shj malah pegi ke mana2 tempat tumpuam peniaga di middle east Permissive Marketing - Gelaran al-Amin yg dipegangnya membuatkan pelanggan cari & suka berurusan dgn Baginda Sebenarnya byk lg rahsia2 kehebatan biz Rasulullah SAW, insyaAllah kita niatkan ikut jejak Baginda smg dapat tempias syafaatnya :)

Saya sudah milikinya , anda bila lagi ?

Image
assalamualaikum..  Shaklee satu produk yang sudah lama dipasaran Malaysia, sebelum ini hanya mendengar nama sahaja dan tidak endahkan apa yang ada padanya.. tetapi sejak mengambil Set B iaitu set breasfeeding , saya mula mengambil shaklee secara konsisten. Kini saya telah mula mengambil beberapa lagi produk Shaklee untuk kesihatan saya dan anak-anak.  Antara suplement yang sedang saya amalkan ialah :  anda pula bila ? berminat?  hubungi saya untuk konsultasi percuma. Ada promosi Vita E untuk bulan Jun !!! sms; 0139561249 email : mamahusnashoppe@gmail.com