Sayangi bayi anda
Makanan pelengkap bayi selepas enam bulan
MEMBERI bayi pelbagai jenis makanan secara tidak langsung mengajarnya kepelbagaian rasa dan warna.
"SAYA selalu didesak keluarga memberi makanan pelengkap kepada anak saya yang baru berusia tiga bulan. Setahu saya, bayi hanya boleh diberi makanan kecuali susu selepas berusia enam bulan. Oleh kerana ada ahli keluarga lain yang mempunyai anak sebaya dengan anak saya berbuat demikin, saya dianggap tidak kasihankan anak. Malah, ada ahli keluarga yang memberi anak mereka makanan sejak dalam pantang. Siapa yang betul? Saya atau mereka?"
Anda biasa berhadapan dengan dilema ini? Tentu lebih merimaskan jika keluarga yang mendesak itu adalah keluarga sebelah suami.
Apapun alasan yang mereka beri, anda perlu tahu makanan pelengkap jangan diberi terlalu awal (kurang daripada enam bulan) dan jangan pula terlalu lewat daripada itu.
Mengapa tidak digalakkan memberi makanan pelengkap sebelum usia anak enam bulan?
* Sistem pencernaan dan penyerapan bayi yang berusia kurang enam bulan belum matang.
* Susu ibu adalah makanan utama untuk bayi. Pemberian makanan pepejal terlalu awal boleh mengurangkan pengambilan susu oleh bayi kerana mereka mudah kenyang dengan makanan pejal.
* Makanan yang diberikan sebagai gantian susu ibu selalunya bubur yang cair dan sup. Makanan ini mengenyangkan tetapi kurang nutrisi berbanding susu ibu. Justeru, keperluan bayi itu tidak dipenuhi.
* Bahan makanan lain mengurangkan penyerapan nutrisi dalam susu ibu seperti zat besi.
* Bayi mudah mendapat alahan.
Mengapa ia perlu diberi ketika usia enam bulan ke atas?
* Menambah bekalan tenaga anak
* Membekalkannya dengan zat makanan
* Memperkenalkan anak dengan pelbagai jenis makanan dan rasanya
* Memenuhi keperluan proses perkembangan dan kematangannya
Bagaimana memberi makanan pelengkap kepada anak?
* Berikan susu terlebih dahulu sebelum memberi bayi makanan pelengkap. Ini akan membolehkan ibu menghasilkan cukup susu bagi jangka masa yang lebih lama.
* Sediakan hidangan yang seimbang. Hidangan seimbang perlu mengandungi makanan daripada lima kumpulan makanan iaitu bijirin dan ubi, daging dan telur, sayur dan buah, minyak dan lemak selain ikan.
* Pelbagaikan makanan bayi. Berikan pelbagai jenis makanan dengan pelbagai jenis zat. Ia juga secara tidak langsung mengajar bayi kepelbagaian rasa dan warna.
* Tambahkan minyak dan lemak dalam makanannya. Bayi perlukan tenaga untuk tumbesaran. Minyak atau lemak seperti mentega dapat menambah kandungan tenaga dalam hidangan.
* Tidak perlu tambah garam, gula dan bahan perasa dalam makanannya. Beri dia peluang menikmati rasa semula jadi makanan.
* Sediakan makanan mengikut tekstur yang sesuai usianya. Ia juga perlu mengikut kebolehan bayi. Misalnya bagi bayi berusia enam bulan makanan perlu dikisar halus manakala bayi tujuh hingga sembilan bulan, makanan mungkin hanya perlu dilenyek manakala bayi berusia 10 hingga 12 bulan, makanan hanya perlu dicincang.
* Mulakan dengan sedikit dan tambah kuantitinya secara beransur-ansur mengikut usia.
* Jadikan masa makanan sebagai masa yang menyeronokkan. Jangan paksa bayi makan jika belum bersedia atau tidak mahu makan.
Bagaimana mengetahui pengambilan makanan itu mencukupi?
Pastikan berat anak ditimbang selalu mengikut jadual temu janji dengan pakar pediatrik. Catatkan jumlah berat anak pada carta tumbesarannya.
Dengan makanan yang cukup dan bermutu, hala tumbesaran anak akan naik selaras dengan garis rujukan pada kad tumbesaran. Carta ini adalah satu cara mengajar ibu mengetahui keberkesanan makanan yang diberikan pada anak.
Sumber: Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan.

Comments
Post a Comment