BismillahirrahmaniRRahim

Alhamdulillah dipanjatkan kepada Yang Esa kerana luangan masa yang ada, untuk ku mengisi dan menghidupkan kembali blog ku yang telah lama terhenti tanpa sebarang coretan untuk dikongsikan bersama.
Ramai yang bertanya kenapa blogku sepi tanpa sebarang ceritera.... "bila buka blog... asyik2 citer lama jer... takde cerita baru ke??" antara pertanyaan dari teman-temanku.....
Bukan niat untuk menyepikan diri, namun keterbatasan masa dan juga dengan kesibukkan menyiapkan satu projek ku ... yang kini Alhamdulillah telah mencapai 60% proses dalam penyiapannya... Insya Allah.... jika tiada aral akan ku war-warkan buat semua teman-teman, yang ku kenali sama ada alam nyata atau secara maya.
My lil ones juga semakin hari semakin membesar,, tumpuan khusus perlu diberikan kepadanya.. pantang tengok mamanya depan laptop terus merengek.... biasanya bb insyirah sedang asyik bermain, aku senyap2 ke depan LT, tapi bila sedar mama takde di sisi mulalah dia merengek...
Insya Allah jika ada kesempatan banyak gambar2 yang ingin ku kongsikan di sini.
dan sebenarnya banyak juga cerita yang nak ditaipkan tetapi.... bila di fikir balik, ceritanya sudah lama... emmmmmmmmm maybe aku hanya tepek kan gambar ajer... tunggu yer...

Comments

Popular posts from this blog

Insyirah... dan aktiviti semalam