Terkenang

BISMILAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum....

Terkenang zaman sekolah rendah dulu, rasanya tika itu, semua murid amat menghormati guru, walaupun guru2 marah mereka tetapi, mereka mendengar dengan tekun dan cuba membuat perubahan. sedegil-degil murid tika itu, rasanya tak sama dengan karenah dan tingkah laku anak-anak zaman ini. Jaman ini, rasanya lagi berat untuk di hadapi, mereka terlalu manja,tidak boleh dimarahi, andai marah terus memberontak. Iya, betul apa yang perkatakan, gunakan method lemah lembut, tetapi adakalanya kekerasan atau (tahzib) diperlukan untuk mendidik anak-anak ini.Banyak kes yang berlaku dalam realiti masyarakat ini, profesion keguruan tidak lagi dipandang pada kedudukan yang sepatutnya,bukannya penghormatan yang agung diperlukan,tetapi cukuplah sekadar menghormati guru itu sebagai pendidik anak-anak kite.

Kes pelajar perempuan yang menendang gurunya berulang kali, amat mengejutkan semua.. Sanggup dia melakukan perkara yang sedemikian pada orang yang telah menyampaikan ilmu padanya, emm mungkin dia hilang pertimbangan! itu mungkin anggapan kite,tapi kewarasan akal fikiran dan iman perlu menjadi panduan. Itulah pentingnya ditanamkan dengan akhlak yang mulia dalam diri setiap individu lagi-lagilah anak-anak kini.Supaya mereka kenal erti rasa hormat pada insan di sekeliling mereka.Terutamanya ibu bapa, para guru dan pendidik serta orang-orang yang lebih tua dari mereka.
Moga masyarakat anak-anak generasi ini, akan lahir sebagai muslim mukmin yang berada dilandasan Islam.

Comments

Popular posts from this blog

Insyirah... dan aktiviti semalam