BismillahiRRahmaniRRahim.

Hari ni fisrt time selama 4 tahun berulang alik dan kemudian tinggal menyewa di sini, aku melangkah kan kaki ke Pasar Malam Cina, entah kenapa diberi nama sebegitu, mungkin pada awal permulaannya ramai peniaga dari kaum Cina, al maklumlah, ku perhatikan di jajahan tempat ku bertugas dan bertemu jodoh ni, ramai juga kaum bermata sepet di sini. Emmm... penat dan melenguhkan urat-urat kaki ku, yang kian manja untuk berjalan jauh... baru teringat"betapa lamanya jasadku ini tidak exercise... sebab itu manjanya... .. di saat aku menulis ni pun, kelenguhannya masih terasa.

Ohh... malam ni aku dah tambah gadget baru, setelah lama rumah ini ku bina, malam ni senang lah untuk sahabat2 semua utk acces ke laman web para ilmuwan Islam. dah ada kat sebelah kanan tu....

Emmmmmmmmmm... tinggal sehari je lagi utk school break, hati kecil ini tak sabar rasanya utk bercuti, boleh lah ku luangkan masa buat puteri ku yang sedang membesar itu... :)

hari ni juga, dapat berita dari email, tentang musibah yang melanda sahabat ku akhi mazuan, dimasukkan ke hospital kerana suspek denggi, buat miefrah, moga sabar dan banyakkan doa agar suami mu cepat sembuh.. Maaf kan kami kerana tidak dapat menziarahi kalian. Syafakallahu alaika.

Comments

Popular posts from this blog

Insyirah... dan aktiviti semalam