Ciri -ciri Wanita Solehah Idaman

Assalamualaikum,Salam Ceria Salam Kasih Sayang semua,

Malam ni tak boleh nak lelap lagi, so bacakan buku, tertarik dengan tajuk ini, bagaimana tandanya untuk mengenali wanita solehah dan mempunyai akhlak dan maruah yang baik,
Antaranya :
  1. Menjaga Ibadahnya : Wanita Solehah pastinya mereka sentiasa menjaga ibadah mereka seperti tekun dan bersungguh2 dalam beribadah seperti membaca Al-quran,berzikir dan berselawat
  2. Sabar dengan Ujian: Sentiasa bersifat terbuka dan sabar ketika dilanda mehnah, tribulasi dan ujian dalam kehidupan seharian, Pastinya tidak mudah putus asa dalam diri.
  3. Baik Akhlak dan pekerti : Wanita Solehah pastinya sentiasa cuba memperbaiki dan dan menjaga hubungannya sesama manusia. Dia tidak suka menyakiti perasaan dan hati orang lain.
  4. Taat kepada ibu bapa : Menjaga hati dan perasaan serta hubungannya dengan insan yang penting dalam hidup. Memuliakan dan menhormati serta sentiasa membantu keduanya dalam senang atau susah
  5. Menghormati Orang Yang lebih Tua : Sentiasa bersopan santun, lembut bicara dan tindakan tatkala berhubung dengan mereka yang lebih tua.
  6. Baik pergaulannya : Setiap perhubungan yang dibina adalah berlandaskan dengan hati yang ikhlas.

Marilah kita sama sama membentuk dan tarbiyah jiwa, hati dan diri kita menjadi wanita solehah.



Comments

Popular posts from this blog

Insyirah... dan aktiviti semalam