tUNGGU tURn uNtUK dI baCA

Assalamualaikum dan selamat malam kawan-kawan,



Diharapnya kawan2 yang menyinggahi blog ku ini, sihat dan dalam lindungi Allah Taala hendaknya ;),

Hari ini, rasanya tiada apa yang nak diceritakan, cuma tadi lepas balik sekolah terus ke CC, nak print and download borang HLP, 23 hb ni due date , so kena hantar cepat, mana tau rezeki ku untuk menyambung penngajian ada kan? Usaha itu penting, kemudian titipkan doa pada Rabbul Izzati. Tadi gatal-gatal kaki menyinggah di SMO(Muda Osman) apa lagi, intai2 buku yang best untuk dibaca.. haa.. jumpa laa buku ini, DILEMA MELAYU-ISLAM,KURANG FIKIR ATAUKURANG ZIKIR? Karya Ustaz Pahrol Mohd Joui,terbitan Telaga Biru.

Antara Isi Kandungan perbincangan utama yang termuat di dalam buku ini ialah :
1)Dilema Melayu -Islam
2)Perjuangan Islam atau Melayu
3)Mengapa Melayu-Islam belum Cemerlang dan banyak lagi bab bab yang menarik, semuanya 39 bab yang mengupas tentang Melayu Islam dan juga agenda politik parti2 yang ada.
ingin diselitkan juga Prolog di dalam buku ini







"Melayu Islam TERPISAHKAH?
Dilema Melayu Islam
satu prejudis atau kenyataan?
satu realiti atau ilusi?
Mari kita bicarakan lewat puisi
Berwacana di persada kata nan indah
Mengungkai masalah di sulaman madah
Agar bahangnya tidak begitu menyerlah
Agar dapat segalanya direnungi
tanpa emosi berapi-api"
Actually prolog ni memang panjang, but just ambil yang rangkap pertama sahaja, Buat Kawan2 tak rugi memiliki buku ini.




Ini pula sebahagian lagi buku terbaru yang dibeli penghujung tahun 2008, masih belum berkesempatan untuk membacanya, agak2nya boleh ke saya ni, terima Reading Challenge yang ada di blog Kakchik, Let see. am i can achieve the challenge? Emmmm... give me a time to make a decision... ... Well ??? 1st , i must arange my management time, ... hu huhu

Comments

Popular posts from this blog

Insyirah... dan aktiviti semalam