PERKONGSIAN DIDIK DARI HATI KE HATI DARI TUAN HAJI PAHROL MOHAMAD JUOI Assalamualaikum Jumaat yang indah dan mubarakah ini menjadi pilihan hari pertama untuk saya berkongsi satu perkongsian menarik yang dikongsikan dari group wasap HomeSchooling Group Kelantan. Saya tak tahu artikel dan perkongsian siapa, tapi bila ada hashtag di izinkan share, maka terhasillah post ini. Moga bermanfaat buat semua. Malaysian Parenting Forum 2019. Slot ke 5. Didik Dari Hati ke Hati. Tuan Haji Pahrol Mohamad Juoi Kesabaran. Kita sukar menjadi baik, anak juga struggle untuk menjadi baik. Kita perlukan persekitaran kesabaran untuk menjadi baik dan supaya anak menjadi baik. Dimana-mana zaman dari zaman Rasulullah hingga zaman kita, prinsip tidak berubah, konten tidak berubah, kaedah mungkin berubah. Prinsipnya : (1) 0-7 tahun : raja : input berkasih sayang (EQ). perasaan bekerja untuk kita, bukan kita bekerja untuk perasaan. Kaedahnya : bermain dan bergurau dengan anak. . (2) 7-14 tahu...
Assalamulaikum dan selamat sejahtera rasanya baru aje lepas sambut aidil fitri kan??? betapa cepatnya masa berlalu.. Insya Allah ... blog diari mamahusna akan kembali aktif harapnya ada lah yang sudi singgah di sini.. dan mendapat sesuatu yang bermanfaat, untuk yang berpuasa sunat hari ini.. alhamdulillah dan banyakkan berdoa ya ... saya kongsikan kelebihan Puasa 9 Zulhijjah yang di ambil dari FB Dr Abu Anas Madani dan sebelum mengundur diri.. hayati pengorbanan dari Kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail... dan jemput baca karikatur yang penuh makna ini (^_^)
Assalamualaikum hari ni sekolah ganti yang menggantikan cuti hari Isnin baru ni... khusus ore kelate deh... cuti sebab bola.. so ... hari ni seluruh kelas di SKSe mengadakan jamuan .. memandangkan hari Khamis tu dah bertanya murid menu yang mahu di bawa, ala-ala potluck juga lah, sebab tak pungut duit kan... so mana-mana murid yang nak bawa makanan dibincangkan... kelas 5C ni hanya adalah 19 orang sahaja anak syurga dan 5 darinya adalah perempuan.. adalah yang sanggup bawa beehon goreng dan yang lain bawa makanan ringan saya sebagai guru kelas hanya janji nak sponsor @ sedekahkan kek dan air . tapi malam semalam terfikir ... kalaulah yang berjanji tak bawa, apalah anak murid ku nak makan... ;) he he he.. kebiasaannya murid kelas akhir ni .. tak sama macam kelas yang depan... so... telefon member satu taman nak tempah beehon.. alhamdulillah, thanks tie sebab sudi terima tempahan walaupun masa tu dah jam 9.30 malam dah... jom lay...
Comments
Post a Comment