Posts

Showing posts from May, 2009

tENGOK TU,, !!!

Image
Tengoklah aksi lil Insyirah bersama kawannya Ni tengah berebut teddy tu... masing2 tak nak beralah.. bimbang terjatuh.. dipujuk puteri pinjamkan pada hazim... diorang tu sebaya sebenarnya, cuma 2 bulan muda hazim ... 1st time mama tengok insyirah bergayut... tapi biarkan aje... proses pembelajaran utknya... lagipun kita kena awasinya... takut sembae(tersungkur) oppsssssssss insyirah ke ni?? taklah ni anaknya Ustazah Hasniah... Aqilah namanya... tengoklah... suka dia Mama... mama ... tengoklah ni !!!

Cerita Perkhemahan

Image
Assalamualaikum dan salam sayang semua... Tajuk : Perkhemahan Unit Beruniform SKSE Tarikh ; 28-30 May ( Khamis -Sabtu) Perasmian Penutup : Tn HJ Zulkifli ( PPD KK) Alhamdulillah... petang tadi sudah berakhir aktiviti perkhemahan di sekolah kami yang telah drasmikan penutupanya oleh Tn Hj Zulkifli , PPD Kuala Krai Walaupun tidak semua perancangan berjalan lancar... namun memberikan seribu satu kenangan pada peserta semua. Sementelah... masing2 punyai kurang pengalaman berpisah daripada ibu bapa masing.... di ikuti dengan cerita kurang enak tentang persekitaran sekolah yang agak "KERAS"... menyebabkan ada yang mengadu tak nak mengikuti... hahaha... bagi Ustazah mu ini wahai muridku.. hanya mampu ku katakan ... sememangnya sekolah kita keras.. dengan bangunannya.. tar2 dan simen2... serta apa sahaja boleh dianggap keras.. Lagi satu : ingatan buat kamu semua... syaitan dan iblis itu.. ada di mana2 jua... percayalah.. ;) Namun ... disebabkan kehadiran adalah wajib .. la budda kena

Insyirah N Coklat Football

Image
Assalamualaikum.... Selamat Bercuti buat warga pendidik semua... rehatkan diri dan terus merancang untuk PnP anda tatkala bermula sesi baru nanti.. Just wanna share my lil Insyirah Pic,,, tengoklah apa yang dipegangnya... coklat tu sebenarnya mama Insyirah nak letak atas cupcake yang ditempah, but rupanya Insyirah dah skodeng awal2 lagi, bila aje masuk dalam kereta... haa. itulah yang dicari,.... emmm tak sempat nak sembunyikan.. tak dapat tidak kena beri juga, kalau tak... haaa gamatlah dalam kereta...

Sekitar Sambutan Hari Guru SKSE

Image
Cuci-cucilah mata ... ini adalah antara aktiviti yang berlangsung pada Khamis lepas sempena Sambutan Hari Guru sekolah kami, ada pelbagai aktiviti, antaranya Bola Jaring, Bola Sepak antara guru, Boling Kelapa dan aktiviti dewan yang dimulakan dengan persembahan dari Murid Tahun 1 hingga tahun 6, semuanya menunjukkan bakat dan kreativiti masing2. Di akhiri dengan pertukaran hadiah antara guru.. dan juga jamuan makan... sekian seadanya laporan untuk Sambutan Hari Guru Baru2 ini.

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Image
Assalamualaikum dan salam Kasih Sayang Semua... Kami guru Malaysia Berikrar dan berjanji Mendidik dan memimpin Putra putri negara kita Pada Seri Paduka Kami tumpahkan setia Rukun Negara kita Panduan hidup kami semua Di bidang pembangunan Kami tetap bersama Membantu, membina Negara yang tercinta Amanah yang diberi Kami tak persiakan Apa yang kami janji Tunai tetap kami tunaikan Lagu & Lirik : Hashim Ahmad Selamat Hari Guru diucapkan pada semua warga pendidik seluruh Malaysia.. Dedikasi ini juga ku untaian kan juga buat guru-guruku dari sekolah rendah( SKGM), antaranya Sir Z, Cikgu Rozita, Cg Aris, Cg Farid, ( entah di mana kalian semua?) andai masa dapat diputarkan, keseronokan pada ku bersama teman dan rakan menimba ilmu dengan kalian, walaupun kalian ada yang garang :) Buat Insan guru ku, ustaz/ustazah di SMU(A) SYamsul Maarif... Syukran ala kullu ilmun wal Maklumat.... dan juga jasa kalian tetap ku kenang sampai bila-bila... Pensyarah-pensyarahku tika dan saat aku melangkahkan ka

Sepetang Kursus LDP : Teori dan Praktikal

Image
Tengok tu....... semuanya bersemangat... Assalamualaikum teman semua, Picture di atas semuanya adalah sesi latihan asas kawad kaki di sekolah kami, sepatutnya melibatkan semua guru, tetapi ramai yang menguzurkan diri, mungkin ada sebab2 tersendiri.. maka tinggal lah beberapa kerat yang ada. kalau fikir rasanya macam unfair lah pula kan??? huhu... tapi apapun memang meletihkan lah... bayangkan.. dah lama meninggalkan alam kawad mengkawad ni... Dah tu kawad dimulakan tatkala mentari memancar dengan gahnya... panas terik... usah lah dinyatakan.. Jam 3 petang semalam(12/5 : Selasa) kami mulakan kawad diketuai oleh Komandan KRS Cikgu Mazman, sememangnya mempunyai pengalaman yang luas. Hari sebelumnya, 11/5: Isnin) kami berkhusus di dalam dingin air cond secara teori aje... Nah semalam kami mulakan kawad sebagai persiapan awal melatih anak-anak murid untuk pasukan beruniform dan juga perkhemahan Unit Beruniform akhir bulan nanti... betul2 bzy this month.. Cuba teka di mana dan yang mana sat

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum

Assalamualaikum, Dah lama sebenarnya ingin mewujudkan laman sesawang tentang dunia jqaf di SKSE, alhamdulillah , malam ini di izinkan Allah, Alhamdulillah, semoga mendapat manfaat daripada wujudnya sesawang ini. Insya Allah segala perkara berkaitan dengan aktiviti dan juga program di sekolah kami akan di updatekan di sini, buat teman seperjuangan, izinkan daku ya...

Hobi Lama kembali lagi

Image
Pasu-pasu yang dibeli di Pahi tempohari, emm semenjak berpindah rumah sewa baru ni, bersemangat nak gardening.... memang dis my feveret hobby dari dulu lagi, Sekarang laman rumah ni pu ok, takde lah luas sangat, tapi bolehlah sikit.. emm ingat nak juga berkebun sayur, tanam sawi, pastu ulam-ulaman macam pokok kemangi, ulam raja, emm sedapnya.... he he Tadaa.,.. ni lah bunga rose penyeri laman ku umah ku ini, RM 13 sepasu, itu pun pasu tu retak sedikit sebenarnya, tapi nak jimat takpe lah, yang retak tu, bolehlah diletakkan sebelah dinding umah, terlindung, so kalau orang tengok, takdelah diorang perasan kan??... tapi bunga2 ni dah kena petik kat my lil Insyirah dah, memang suka bunga.... Semalam, balik rumah mak, ambil pokok yang mudah dijaga, macam lidah buaya, fern, dah tanam dah, nanti kita snap gambar ya.. oklah, saje nak update blog je, masukkan n3 ni... Selamat Hari ibu , buat semua

Produk Terbaru :: Menyokong Penyusuan susu Ibu sepenuhnya

Image
Assalamualaikum kawan2 semua, n3 kali ni nak promote barang sikit, khususnya kepada Mama, ummi, ibu yang BF bayi sepenuhnya,Blouse Mom Lil One amat selesa dan memudahkan ibu2 menyusukan bayi walau tika di khalayak, kerana aurat anda tetap terjaga dan mungkin tiada siapa yang menyangka bahawa anda sedang meyusukan bayi.... Nak tahu lebih lanjut, bolehlah ke web saya : www.damaiestore.com Ada promosi yang mengujakan anda. Tempahan dibuka sekarang......

Lil Insyirah In action

Image
Assalamualaikum, Dah lama dah snap pic kat atas, but lupa nak masukkan kat sini Lama tak lamanya , basikal ni pun dah terbelah dua... huhuhu... my baby gAnazzzzz ??? actually not her did that bad thing!!. Pour my little baby.. basikal sebenar di beli baba, memang excited lil insyirah dapat basikal ni, then, basikal tak sesuai lagi pada peringkat sooo.... berilah kat ayahsu nya di kampung... beberapa bulan kemudian, akhirnya basikal itu tamat riwayatnya.,.. bukan dibuat oleh ayahsu, tapi si ucu yang naik dan bawa basikal, bayangkanlah budak umur 8 tahun yang tunggang basikal ni... huhu... tapi kalau g terri(pateri) masih ok lagi.