Cerita Perkhemahan

Assalamualaikum dan salam sayang semua...

Tajuk : Perkhemahan Unit Beruniform SKSE
Tarikh ; 28-30 May ( Khamis -Sabtu)
Perasmian Penutup : Tn HJ Zulkifli ( PPD KK)

Alhamdulillah... petang tadi sudah berakhir aktiviti perkhemahan di sekolah kami yang telah drasmikan penutupanya oleh Tn Hj Zulkifli , PPD Kuala Krai
Walaupun tidak semua perancangan berjalan lancar... namun memberikan seribu satu kenangan pada peserta semua. Sementelah... masing2 punyai kurang pengalaman berpisah daripada ibu bapa masing.... di ikuti dengan cerita kurang enak tentang persekitaran sekolah yang agak "KERAS"... menyebabkan ada yang mengadu tak nak mengikuti... hahaha... bagi Ustazah mu ini wahai muridku.. hanya mampu ku katakan ... sememangnya sekolah kita keras.. dengan bangunannya.. tar2 dan simen2... serta apa sahaja boleh dianggap keras..

Lagi satu : ingatan buat kamu semua... syaitan dan iblis itu.. ada di mana2 jua... percayalah.. ;)
Namun ... disebabkan kehadiran adalah wajib .. la budda kena datang kan... tentunya banyak yang kamu semua perolehi kan... maklumlah kali terakhir perkhemahan dibuat adalah tahun 2006..... mungkin ada segenlitir yang telah mengikutinya...
Namun sayangnya.. tiada peluang tidur dalam khemah kan??? hujan lebat turun berturut... akhirnya tidur di dalam kelas jua... ;(
Banyak faedahnya .. belajar untuk mu Mandiri, keyakinan diri... urus diri... disiplin dalam solat walaupun Ustazah perhatikan ada boleh berbual2 masa solat,.... huhu hu... mungkin dirimu lalai tentang rukun solat... Insya Allah akan ku sentuhnya dalam tazkirah mingguan buka nanti...

Oh ya... TAHNIAH dan SELAMAT bercuti semua guru ... setelah berhempas pulas utk menjayakan kem tadi...
Special Dishes petang tadi... apalagi... Kue Teow Kungfu and Puding Roti and Sunquick...
kredit to kakna for Keu teow yang Lazzat... dan kak Ta dengan Puding Rotinya..

Jom layan gambar kat bawah.. tak banyak yang sarah boleh snap kan.. almaklumlah bodyguard paling kecil ada bersama.. lil Insyirah juga join this aktiviti..






Antara aktiviti yang dijalankan : pertolongan cemas, iaitu cara memakai, megikat anduh.. sesi ni bermula jam 10.30pagi untuk Unit Pengakap.. Tengok tu... macam2 aksi dan gaya dibuatnya. ada juga yang mengambil kesempatan dijadikan serkup kepala , tatkala yg lain sibuk berlatih memahirkan diri..( budak2 adalah hasil kreatig yg timbul walau tidak di suruh).





Yang ni dah petang dah, sesi latihan utk persembahan dr Puteri Islam. Nampak tak boy yg atas kerusi tu?? Namanya Farhan, anak kaksu, antara patner ku dalam GPi. baru je berumur 6 Tahun.. but chubby kan? :). Pic sebelah, preparation untuk dinner malam ni, Nasi Goreng Cina, Sup Ayam , Ayam BBQ... yeah!! malam ni ada BBQ..... Thanks a lot utk 2 3 orang ibu merangkap AJK PIBG yg telah datang membantu dan menjadi chef... Itulah pentingnya kerjasama antara ibubapa dan Guru... sama untuk anak2 kan???


Persembahan drp setiap unit, ada lakonan, dikir Barat, Nasyid., dan pe;bagai lagi...semuanya mempunyai iktibar... Tahniah... kamu mampu melakukanya.!!!



Tengoklah tu... ayam yang yang menjadi mangsa, semuanya 500 ketul, ikan dan juga sosej tapi kami sekeluarga makan seketul je sorang :).. malam kan! kena awasi pemakanan, lagipun dah lewat dah... Dekat pukul 11 baru leh makan... lepas aje peserta makan dan meneruskan persembahan.. giliran cikgu dan famili yang datang beserta wakil PIBG... namun tak semua yang dapat datang.. almaklum cuti dan juga tika itu.. hujan turun dengan lebatnya...

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Insyirah... dan aktiviti semalam