Menu Tengahari

Ayam Bakar Freshly and Naturally baked by baba
Ikan Bakar " Baked Freshly n Naturally"

Sayur Campur

Sambal Pauh... fuh.. ni boleh tambah lagi nasi.. tak pedas sangat n tak masam.. hasil tangan mak tersayang... dah tinggal sikit je lagi stoknya...

Assalamualaikum Semua,
Selamat berehat dihujung minggu bagi orang 2 di Kelantan. Minggu ni, kami sekeluarga mengisi masa di rumah mak di Tok Bok Machang. Sebab setiap hari sabtu baba akan ke Maahad Tahfiz Nurul Aman untul kelas tambahan. Tambahan lagi, semalam, rumah maklong di bukit Belah ada buat bacaan Yaasin.. alhamdulillah paklong beransur sihat..
Ok lah hari ni Menu kami cukup ringkas sebab hanya kami yang kat rumah aje yang makan, mak dan ayah ke Rumah Cikgu Zainun di Labok, memenuhi undangan jamuan sempena Kesyukuran kerana anaknya berjaya untuk melanjutkan pengajian..
Menu hari ini seperti di atas,,... berselera menikmatinya. Nak resepi ke? Rasanya tak payah lah kot, sebab resepinya biasa aje dan ringkas ..

Comments

  1. assalamualaikum sarah,
    menu yang ringkas tapi sudah cukup menaikkan selera. sudah lama kakchik tak makan ayam bakar sebab di rumah ni lebih ramai yang suka makan ayam goreng.

    p/s: kakchik dah cuba hantar invois buku2 tu tapi yahoomail kakchik asyik error saja. kakchik akan cuba lagi ya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Insyirah... dan aktiviti semalam