Natrah- meninggal dunia
Wanita hidap leukemia pernah jadi mangsa konflik agama pada 1950 LONDON: Natrah Maarof atau Bertha Hertogh, wanita yang menjadi pertikaian antara bapanya yang berbangsa Belanda dengan ibu angkatnya dari Malaysia, meninggal dunia akibat leukemia semalam di rumahnya di Huijberhen, di selatan Belanda, pada usia 72 tahun. Menurut anak bongsunya, Silvija Wolkenfelt, 38, Natrah tidak akan dikebumikan kerana permintaan terakhirnya untuk menderma mayatnya bagi tujuan penyelidikan di Hospital Rotterdam. Menerusi perbualan telefon, Silvija berkata, "Sepanjang umurnya dia melakukan apa yang orang lain mahu dan ini ialah pilihannya sendiri, amat penting bagi kita menghormati permintaan terakhirnya. "
Menurut kenyataan akhbar, Natrah menjadi berita utama akhbar seluruh dunia dalam 1950 apabila dia menjadi punca pergelutan antara bapanya dengan ibu angkatnya di Malaysia. Natrah atau nama sebenarnya Maria Bertha Hertogh ialah anak Adeline Hunter dan Adrianus Petrus Hertogh yang ditawan tentera Jepun 1942 di Indonesia. Oleh kerana semangat anti-Barat begitu kuat di Indonesia, Natrah diserahkan kepada Aminah Mohamad dari Terengganu yang ketika itu berada di Indonesia. Ini dilakukan tanpa pengetahuan bapanya. Natrah dibesarkan sebagai seorang Islam.
Natrah ialah nama yang diberi Aminah. Selepas perang 1945, Hertogh dibebaskan dan berusaha mencari Natrah. Selepas ditemui, Aminah membawa Natrah ke Singapura untuk bertemu dengan bapanya dan kemudian dimasukkan ke Girls Homecraft Centre di York Hill. Aminah membuat rayuan mahkamah dan berjaya mendapat Natrah semula. Dia kemudian dikahwinkan dengan Mansor Adabi pada usia 13 tahun. Bagaimanapun pada 12 Disember 1950, mahkamah mengarahkan supaya Natrah dikembalikan kepada bapanya dan pulang ke Belanda. Inilah punca rusuhan Natrah di Singapura yang menyebabkan 18 orang maut dan beratus-ratus lagi cedera. Dengan keputusan mahkamah ini, dikhuatiri Natrah akan dimurtadkan. Selepas dipaksa pulang ke Belanda, Natrah memulakan hidup baru dan hanya pulang ke Malaysia pada 1999 buat pertama kali untuk merakamkan sebuah dokumentari mengenai hidupnya oleh televisyen Belanda.
Natrah berkata, zaman kanak-kanak satu-satunya masa dia betul-betul bahagia. Bagi kebanyakan orang, dia masih ikon perjuangan melawan imperialisma British dan satu contoh akan apa perbezaan agama boleh akibatkan. Sebuah filem berjudul Natrah kini sedang diusahakan di Singapura, Malaysia dan Belanda. Filem ini adalah dari sudut pandangan Natrah mengenai kejadian yang mengakibatkan rusuhan dan bagaimana dia menjadi mangsa konflik agama dan kolonialism. Filem ini diarah oleh Ben Sombogaart yang dikenali menerusi filem seperti Twin Sisters dan Bride Flight yang dijangka ditayangkan pada 2010. Menurut Duta Besar Malaysia ke Belanda, Datuk Dr Fauziah Mohd Taib, yang bertemu Natrah di majlis hari jadinya yang ke 72, 24 Mac lalu, Natrah kelihatan sungguh gembira. "Majlis hari jadinya bertemakan Malaysia dan Indonesia. Semua orang memakai baju Melayu. Dia begitu seronok bercakap mengenai masa dia membesar di Malaysia," kata Fauziah.

so is she a muslim or ...?
ReplyDeletekesian dia..mangsa keadaan
ReplyDelete