Ahlan Ya Ramadhan

Ahlan Ya Ramadhan...
Bulan barakah
Bulan yang dinanti-nantikan,
Bulan Maghfirah, Bulan keampunan..
Bulan Muhasabah Diri,
Bulan Ramadhan Madrasah Tarbiyyah Nafsiyah Terbaik..
Digandakan segala Amalan..
Dibelenggu Syaitan Laknatullah,
Dihentikan siksaan kubur sepanjang bulan Ramadhan

Perbanyakkan amalan,
Berzikir, Bertadaruss, Bertadabbur,
Bertahajud, Bermunajat kepadaNYA,
Memohon restu maghfirahNYA,
diampunkan segala Dosa,
diberikan kekuatan untuk beramal ibadah,
Diberi peluang merubah diri
ke arah Hambanya yang soleh-solehah,
Menjadi Insan beriman Taqwa .

Bukan hanya di bulan Rahmat ini sahaja
Ya Allah..
Biarlah ini satu detik perubahan, peningkatan
dan detik menjadi Muslim Mukmin...

Ya Allah ... kepada mu ku pohon munajat...

Dedikasi untuk semua teman yang mengenali
mamahusna@sarah..
Selamat Menjalani Ibadah Puasa...
dari kami sekeluarga.

Comments

Popular posts from this blog

Insyirah... dan aktiviti semalam