Bertukar lagi...

Salam semua... kaifa haalukum?? kullu am wa antum bilkhair... alhamdulillah hari ni 1 january 2010.. hari baru .. tahun baru bagi kalendar masihi... ... tambah2 hari ni hari jumaat .. sayyidul ayyam (penghulu segala hari) . antara kelebihan hari jumaat ialah :* tazkirah utk diri snd ni ..


Kelebihan Hari Jumaat
Imam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat.Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat.
"Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah."
Imam Al-Ghazzali menambah bahawa Kaab Al-Ahbar (seorang tabien dan ulama yahudi yang memeluk ugama islam pd zaman Saiyidina Abu Bakar) berkata burung-burung dan haiwan apabila bertemu satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan "Selamat, selamat hari yang baik".
Imam Al-Ghazzali juga berkata malam Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan disunnahkan pd mereka yg mempunyai isteri bersatu pd malam itu.

Doa Antara Dua Khutbah
Kebanyakan ulama berpendapat waktunya adalah antara dua khutbah, iaitu pd saat imam sedang duduk setelah khutbah pertama sebelum beliau bangun utuk khutbah kedua. Saat inilah saat yang paling dimustajabkan doa.

Sedekah Pada Hari Jumaat
Bersedekah membawa pahala yang besar. Ia menjauhkan bala, menjauhkan penyakit dan mendekatkan diri kepada Allah. Apalagi jika dilakukan pada hari Jumaat.
Mati Pada Malam Jumaat
Hadis nabi "Tidak seorang muslim yg mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali diselamatkan Allah daripada fitnah kubur".

Kelebihan Menunaikan Sembahyang Jumaat
Nabi bersabda "Barangsiapa yg dapat menunaikan sembahyang Jumaat maka baginya disisi Allah pahala seratus orang yg mati syahid. Dan barangsiapa meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak 3 kali tanpa darurat, maka Allah akan mengecap hatinya".Ibadah pada hari Jumaat.
Perjalan ke masjid - adalah sunnah mengambil jln yg jauh tetapi apabila pulang sunnah ambil jln yang dekat - Imam Al-Ghazzali.

Selawat
Sabda nabi "Banyakkanlah berselawat ke atasku pd hari Jumaat kerana sesungguhnya ia adalah hari saksi (hari Jumaat) disaksikan oleh para malaikat.

Mandi dan Pakaian
Sunnah pada hari Jumaat memakai pakaian yang bersih, baru dan berwarna putih.

Memotong Kuku
Ibn Masud berkata "Mereka yg memotong kuku pd hari Jumaat, Allah akan sembuhkan dia dari segala penyakit dan berikannya keselamatan.

insya Allah semoga dalam berkat dan inayahNya sentiasa.........

back to the point... apa yang bertukar... sebenarnya template bertukar lagi... Insya Allah yang ni memang akan menjadi backgroud teratakdamaiimpiana... sebab warnanya amat menyenangkan mata memandang.. hijau itukan tenang ;) ..

template sebelum ni... dalam 2 3 hari sarah masuk ni.. rasa berpinar2 mata.. sakit je mata.. .. rasa macam tak tenang aje... bak kata umi_e ... lembut yang hangat... suka sangat dgn komentar umi..(kak e) so .. mesti dah taukan komentar yang telah dipilih... so harapnya umi-e dapatkan emailkan nama dan address lengkap utk sarah poskan misteri gift yang dijanjikan tu...
pada kakchik, MrsNor, dan kak tirana... nanti emailkan juga nama dan add,, walaupun ada satu je misteri gift... tapi dengan murah hatinya sarah ingin memberikan something utk kakak2 semua.. yang merajinkan diri memberi komentar... sebagai tanda kenangan awal 2010...
emailkan kat sini ya : mamahusna@gmail.com.
jangan lupa email ya..........

dan harapnya kawan2 suka dengan template ni...
2010 .. pasha and strugle to be muslimah solehah... mama dan zaujah yang mithali. dan lebih matang dalam berblog... rupanya dah nak masuk tahun 3 tahun berblog.. . insya Allah God Willing..

Comments

  1. Salam... kak e suka warna templete kali ini!

    * Hijau warna kegemaran dan pilihan hati kak e :P hehehehee

    ReplyDelete
  2. thank you kak e... sarah pun peminat hijau... relax aje.. kalau dulu rasa cam messy sangat2..
    nanti jgn lupa email address kat sarah ye..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Insyirah... dan aktiviti semalam