Sembelit, macamana nak atasi..
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, moga ceria2 selalu di samping family tersayang..
Ambil insyirah dari rumah pengasuh tadi, kmoh cakap Insyirah sembelit... ingatkan tak teruk tapi.. petang tadi, dalam jam 6.30 petang, sedang menyiram bunga dan Insyirah ralit bermain tetiba dia cakap nak uk uk... nampak sangat macam susah nak uk uk... menangis dia .. Ya Allah tak tahu nak buat macam mana kami, ni 1st time Insyirah sembelit sebegitu teruk sekali. seksa sangat ...
Cuba flash back balik apa yang dia makan sebelum ni, emm...
buah~ memang tiap2 hari makan, means..... takde lah kekurangan serat.. tapi.. apa masalahnya?
Air Kosong~ boleh lah. ... tapi takde lah banyak ..
Susu~ emmmmmmmmmmmm... kurang sikit... (bukan minuman kegemarannya).
Tapi sehari sebelum tu... ok je sistem pembuangan air besarnya... bukanlah nak kata seminggu tak uk.. uk..,, hari2 ok je sistem kumuhnya.. ..
Takkan disebabkan makan 2 ulas durian?? boleh ke bagi kesan kat kanak2??? uhuhu... kurang experience bab2 ni... bila dah kena baru nak cari informasi,.
Tadi masa tgh tgk merlin... tiba2 ..Insyirah buat aksi nak uk uk lagi... bimbang mamanya , risau menangis macam tadi... so guna psiko sikit... dalam pada dia tengah nak uk uk.. urut perutnya dan bacakan selawat.. buat banyak2 lagi.. alhamdulillah... dia tak nangis.. dan selamat juga akhirnya...
oh ya... dalam2 menaip ni sempat juga cari info dalam ni.. so sarah ambil utk panduan sendiri dan rakan2 juga..
Sembelit di kalangan bayi
Sembelit ialah keadaan apabila bayi anda bermasalah atau sakit ketika membuang air besar. Najis biasanya keras. Ia juga boleh didefinisikan sebagai sembelit sekiranya bayi anda tidak membuang air besar lebih daripada empat hari.
Sembelit ialah keadaan apabila bayi anda bermasalah atau sakit ketika membuang air besar. Najis biasanya keras. Ia juga boleh didefinisikan sebagai sembelit sekiranya bayi anda tidak membuang air besar lebih daripada empat hari.
Apa yang membimbangkan ialah bayi anda mungkin takut untuk membuang air besar selepas itu dan sengaja menahan najis kerana takut melalui situasi yang menyakitkan seperti sebelumnya.
Ini mungkin menyukarkan anda dan menambahkan lagi masalah sembelit anak anda.
Sekiranya bayi anda mengalami sembelit, apa yang anda perlu lakukan?
1-Mandikan bayi andaApabila anda mandikan bayi anda, bayi akan berasa lebih tenang dan ini membantunya untukmembuang air besar dan najis mungkin lebih mudah dilkeluarkan. Anda boleh mengurut perutbayi anda (seperti diterangkan selepas ini). Ketika mencuci bahagian bawah, anda bolehmenyapu sedikit petroleum jelly di luar bahagian anus.
2-Mengurut perut bayiProses urutan perlu dilakukan dengan lembut. Urutan dimulakan di bahagian pusat dan secaraperlahan bergerak ke arah luar dalam bulatan mengikut arah jam. Anda boleh menggunakankrim atau minyak bayi (baby's oil) untuk tujuan ini. Sekiranya bayi anda gembira anda bolehteruskan proses ini.
3-Cuba berikan bayi anda lebih air untuk melembutkan najisnya.
4-Jangan sesekali menggunakan jari atau alat lain ke dalam anus bagi merangsang pengeluarannajis. Ini ditakuti mencederakan bayi anda.
5-Bagi bayi enam bulan ke atas yang sudah memulakan diet selain susu, anda boleh lebihkanmakanan dengan kandungan serat yang tinggi seperti sayur. Ada juga ibu yang memberikanbayi mereka jus prune bagi membantu mengurangkan sembelit.
6-Anda boleh berjumpa dengan profesional kesihatan anda dan berbincang tentang susu formulayang sedang diambil dan keperluan anda untuk bertukar kepada susu formula yang lain.
Kini terdapat beberapa susu infant formula yang dirumus khas bagi bayi yang mempunyaimasalah sembelit.Bagaimana untuk mengelakkan sembelit?
1-Pastikan anda mengikut arahan pada label susu formula yang anda berikan kepada anak anda.Kemungkinan susu yang dibancuh pekat menyebabkan berlakunya sembelit.
2-Sekiranya bayi anda sudah memulakan diet selain susu, sila pastikan pengambilan serat dan air yang cukup.
Dipetik dari blog :http://bayidananda.blogspot.com
terima kasih pada empunya blog...
.
Comments
Post a Comment