HAK ANAK DALAM ISLAM
diriwayatkan ada seorang datang kepada Saidina Umar menceritakan keburukan perangai anaknya lalu Saidina Umar r.a memanggil anaknya dan mengingatkannya tentang besarnya dosa menderhaka ibu bapa. Si anak tadi bertanya Saidina Umar :" tidakkah anak juga ada hak ke atas ibu bapanya ?"Jawab Umar:" Ya!"
Anak itu bertanya :"Apakah dia hak-hak mereka?" Saidina Umar menjawab, hak-hak anak ialah : " Hendaklah bapa memilih ibu yang solehah, memberi nama yang baik untuk anaknya dan mengajarnya Al-Quran."
Si anak terus menjawab selepas itu:" Dia tidak membuat satu pun daripada 3 hak tersebut. Yang pertama dia tidak memilih isteri yang baik, ibuku seorang Negro, hamba kepada seorang Majusi.Kedua, dia menamakanku, Ja'lun (Ja'ranun). Ketiga dia tak mengajarku satu huruf pun daripada Al-Quran. "
Saidina Umar r.a pun berkata:" Adakah kamu datang untuk mengadukan kepada ku kederhakaan anakmu.......................... kamu yang telah menderhakainya sebelum dia menderhakaimu".
sumber : Anakku Hebat Anakku Soleh (m/s 14)
Comments
Post a Comment