Kena Pindah lagi...

Assalamualaikum dan salam ukhuwwah


balik dari sekolah tadi, baba sayang minta saya bacakan sms daripada tuan rumah sewaan kami, emmmmm betul lah apa yang ku sangka kan selama ini, terbukti sudah dengan mesej tersebut, tuan rumah sudah menunjukkan tanda2 untuk menduduki rumahnya... ohhhhhhhhhhhhh tidak !!!!!!!!!!!!!!!!!! kami di HALAU sebab tak bayar sewa. Oh sewa nya kami tak pernah miss... ini bukan disebabkan masalah pembayaran sewa ya... hallu!! kami bayar ya :).. so jangan suul zhan (buruk sangka)!!

sebenarnya "wife" (dengan izin) tuan rumah aka penama rumah yang kami duduki sekarang telah menghabiskan pengajiannya, jadi dia sudah pulang ke kampung untuk meneruskan kerjanya sebagai puan misi, jadi dengan itu... puan rumah mesej dan bagi tempoh sebulan agak2nya utk kami mencari rumah sewa baru... huhuhu  ......... ini kali ke 2 kami pindah dalam area kuala krai ni.... kalau pindah ke KB ke! ke MAchang ke... suka juga... tapi tuntutan kerja tidak mengizinkan...

so petang tadi, kami sekeluarga telah membuang masa kami , untuk mencari rumah sewa, kami mulakan pencarian dia kawasan guchil yang mempunyai kepadatan penduduk yang agak tinggi, kebanyakan rumah area (dengan izin) tersebut adalah rumah kampung dan dipenuhi dengan penduduk tetap. tiba2.. ada rumah yang kosong, cuba intai2 dan tanya jiran terdekat, rumahnya dari luar nampak ok, kadar sewa RM 450.00, Insya Allah, khamis ni tuan rumah datang untuk memberi peluang kami meninjau2...  ok stop yg tu.. lupa nak snap gambar tadi.

seterusnya kami mencari2 lagi , kot2 ada yang lebih baik,.. tapi tak de .. :( , terdapat berita dari jiran ... selang 2 @ 3 rumah daripada rumah yang kami usha tadi, rumah tu, kecil dan sempit, tak padan dengan kadar sewaannya... emmmmmmm ... nanti kita tengok khamis ni ya...


oh ya,,, tadi saje2 gatal tangan, letak kat wall tentang perkara ni, so ada suggestion dari jiran sebelah supaya usha2 di taman perisai wira, nanti kami p tengok esok.. mana tau ada yang berkenan .. thanks ya jiranku..

oh ya... kali ni kriteria utk memilih rumah sewaan kami yang ketiga adalah sebagaimana berikut :

1) berdekatan dengan MASJID
supaya tiap kali masuknya waktu azan atau tiap kali ada tazkirah, ku boleh PJJ mendengarnya , and senang kalau nak solat jemaah... rindunya ...

2) Senang access dengan facilities sepeti kedai runcit, pejabat pos, dan etc..

3) apa ya.,.. nanti2 lah tambah...

hope pencarian esok bakal memberikan berita gembira utk kami sekeluarga.

Comments

Popular posts from this blog

Insyirah... dan aktiviti semalam