Istimewa untuk ibu2 lepas bersalin

assalamualaikum kawan-kawan semua... apa khabar?  hari ni saya nak kongsikan 1  produk yang amat istimewa untuk ibu2 yang lepas bersalin & untuk baby juga ya !!! kalau saya belum bersalin lagi, confirm saya akan dapatkannya, sebab bagi saya ia begitu praktikal digunakan, al maklum, sejak bersalin dari anak sulung dan juga anak kedua, saya biasa menggunakan tungku batu... berat dan amat2 panas... he he.. so kalau ada yang ni memang saya tak lepaskan peluang ;) so jom tengok informasi tentang produk ni 

Sesuai digunakan untuk sesiapa sahaja, terutama ibu selepas bersalin.

Bahan-Bahan: Pasir dimasak bersama Herba, Jintan Hitam, Halia, Serai Wangi, Daun Pandan Sireh, Kunyit Dan Manjakani. Menggunakan Kain Belacu bagi memudahkan penyerapan herba didalam badan

Di antara kahsiatnya

◙ Memanaskan seluruh badan

◙ Membuang angin dalam badan

◙ Mengecutkan Bahagian Rahim

◙ Melancarkan Perjalanan Darah

◙ Mengurangkan Kesan Lebam akibat daripada jatuh



Cara Mengunakannya:

◙ Letakkan Tungku diatas Pemanas yang disediakan (selama 10-15 minit)

◙ Tuamkan pada atas tangan bagi memastikan kepanasan yang diinginkan

◙ Boleh digunakan pada bila-bila masa untuk semua peringkat umur.



Tungku Saiz Ibu

Tinggi 17cm

Ukur Lilit 32cm

Tungku Size Anak

Tinggi 12cm

Ukur Lilit 20cm

jom klik sini : http://mamahusnashoppe.edycart.com/productdetail.php?product=2236

Comments

Popular posts from this blog

Insyirah... dan aktiviti semalam