CUTI-CUTI KB : TTA, BOwling & Water Splash

assalamualaikum, lamanya tidak bersiaran di blog.. malam ni nak kemas kini aktiviti mamahusna dan anak-anak serta adik2 semalam. memenuhi cuti sekolah yang dah nak habis ni... ambil kesempata ditengah minggu sebab awal-awal cuuti hari tu, sibuk dengan tempahan cake dan cupcake, dan esok pun ada kek red velvet yang nak di bakar tempahan dari customer dari Machang. oh ya planing awalnya ke Taman Tengku Anis(TTA) * ada cerita disebalik perjalanan ke TTA, walaupun kami duk di Kelantan, tapi inilah kali pertama kami ke TTA , selama ini saya ingatkan bersebelahan Taman Orkid Pengkalan Chepa, rupanya TTA ni kat Tanjung Mas mujur ada kak siti radiah yang tolong tunjukkan jalan.. jumpa dia kat Petronas Padang Tembak.. ha ha ha... lucu juga mengenang kan .... sampai kat sana buka bekal yang dibeli di PKT, anak2 dan adik2 pula sibuk bermain , rancangnya budak-budak tu nak mandi, tapi rupanya water park dia dibuka pada jam 4 ptg pada hari bekerja. hari minggu pada awal pagi. kecewa insyirah dan adik naufal dan adik2 ku... tapi kami rancang ke water splash bersebelahan SUK. RM 34 melayang untuk masuk ke sana. 

sebelum ke Water splash, kami ke Billion, bermain bowling... seronoknya beriadah :) 

oklah, jom tengok gambar-gambar yang sempat di ambil dgn menggunakan handset ku yang biasa-biasa itu.. 


adik just main-main kat kolam yang cetek.. mama jadi bodyguard adik

intai2 kakak insyirah.. haii..... takde.. 





oklah... semua happy dan puas hati.. lain kali boleh ke sana lagi :)

Comments

Popular posts from this blog

Insyirah... dan aktiviti semalam