Pisah susu (Part 1)
Baru nak coretkan pengalaman bagaimana na pisahkan susu Naufal.. dah janji kan hari tu nak cerita, bukan sekadar cerita tetapi mungkin boleh dijadikan panduan oleh ibu-ibu semua . :) boleh baca di entry ini : Sayu tapi mesti tabah disebabkan Naufal selalu aje moody... saya tahu dia belum betu-betul2 mahu berpisah susu dengan saya.. namun disebabkan umur Naufal sudah menginjak kepada 2 tahun 4 bulan, sesuatu harus saya lakukan... saya bagitau hasrat murni itu pada baba, alhamdulillah dia serahkan semuanya pada saya... buatlah yang terbaik untuk anak-anak.. tetapi ada kalanya dia tak tahan melihat naufal meminta-minta untuk menyusu, dia minta saya berikan... kesian kat anak , katanya... tapi saya harus bertegas.. sayu dan sedih usah di cerita di sini... bagaimana saya melakukannya? Pada awal Muharam 1434H, saya cuba menyapu air asam jawa .. bila Naufal menyusu dia rasa pelik dan bagitau ama (Mama) ubuh (letak)... pastu dia cuba lagi........ dan ...... oh... tidak berjaya kali in