Pisah susu (Part 1)

Baru nak coretkan pengalaman bagaimana na pisahkan susu Naufal.. dah janji kan hari tu nak cerita, bukan sekadar cerita tetapi mungkin boleh dijadikan panduan oleh ibu-ibu semua . :)
boleh baca di entry ini : Sayu tapi mesti tabah

disebabkan Naufal selalu aje moody... saya tahu dia belum betu-betul2 mahu berpisah susu dengan saya..
namun disebabkan umur Naufal sudah menginjak kepada 2 tahun 4 bulan, sesuatu harus saya lakukan...

saya bagitau hasrat murni itu pada baba, alhamdulillah dia serahkan semuanya pada saya... buatlah yang terbaik untuk anak-anak.. tetapi ada kalanya dia tak tahan melihat naufal meminta-minta untuk menyusu, dia minta saya berikan... kesian kat anak , katanya... tapi saya harus bertegas.. sayu dan sedih usah di cerita di sini...

bagaimana saya melakukannya? Pada awal Muharam 1434H, saya cuba menyapu air asam jawa .. bila Naufal menyusu dia rasa pelik dan bagitau ama (Mama) ubuh (letak)... pastu dia cuba lagi........ dan ...... oh... tidak berjaya kali ini............ sebab rasa tersebut tidak kekal lama

kali kedua di rumah emak, saya ceritakan pada mak, tiba-tiba mak bagi cadangan sapu vitamin... saya terus dapatkan Vitamin C shaklee, saya tumbuk dan sapukan ditempat berkenaan, alhamdulillah misi bejaya... memang bila dia menyusu .. dengan rasa masam dan pelik vitamin tersebut, dia tak nak dan menolak untuk terus disusukan... tetapi memang dia akan minta untuk menyusu, terpaksa menahan diri walapun Naufal menangis nak susu... Ya Allah . masa tu memang pohon doa denganNya agar dkuatkan dan ditabahkan hati...

tetapi malamnya... gagal, lupa sapukan vita c, so Naufal masih lagi menyusu dan misi sekali lagi gagal.

oh,, nak tahu selanjutnya? jom tunggu entry untuk part 2



Comments

Popular posts from this blog

Insyirah... dan aktiviti semalam