Pisah Susu (Part 2)

sambungan part 2 dari entry terdahulu

last cerita hari tu, saya sapu vitamin C shaklee tapi misi gagal juga disebabkan kealpaan saya dan hari berikutnya saya cuba tumbuk Alfafa , tapi dia terus menyusu tanpa rasa apa-apa... huhu.. rupanya alfafa tiada kesan juga

Saya bagitau mak, mertua cadangkan bawang putih dan nissay(gula melaka bagi orang luar kelate), tapi mak mencegahnya ,katanya takut side effect pada nipple ibu2... he he faham2lah bawang putih kan panas...

so saya pasrah seketika.......... saya rasa saya mesti cuba buat kaedah yang disarankan oleh mertua saya, sebab katanya semua anak2 dia (mungkin termasuk suami saya) berjaya dengan kaedah tersebut...

so misi saya saya dapatkan nissay dan bawang putih.. opss semuanya dah ada di dapur , so saya cuba ambil sedikit bawang putih, (tak perlu banyak ya, sebab baunya amat2 busuk dan membusukkan) ditumbuk dengan nissay (sikit je-sebesar ibu jari) then sapu di keliling aerola...

alhamdulillah misi berjaya, saat Naufal nak menyusu, saya berdoa da bertawakkal agar misi kali ini berjaya..
bila dia mencuba -akhirnya di tak nak , katanya pedas dan busuk (panas tak seberapa tetapi bau bawang putih tu amat2 busuk, )saya sendiri tak tahan baunya...  tetapi terpaksa hadapi supaya misi berjaya....

alhamdulillah.. alhamdulillah.........alhamdulillah.......... akhirnya Naufal sudah tidak mahu menyusu, bila saya ajak dia menyusu, dengan sendirinya dia menolak..

syukur  Ya Allah... maybe ibu2 boleh cuba,

Comments

Popular posts from this blog

Insyirah... dan aktiviti semalam