Posts

Showing posts from July, 2009

Insyirah & Berus GIGi

Image
Assalamualaikum dan salam sayang semua, Mula-mula belikan berus gigi, memang little Insyirah seronok sangat, tengok lah gaya dan aksinya tu... tapi dalam masa dua 3 hari ni.excited tu memang ada cuma, tidak diberusnya gigi, di jadikan sebagai play toys dia pulak dah... huhu.. misi mama gagal... !!! :(, macamana ye nak buat dia suka memberus gigi??? Saya dah tunjuk kepada dia cara memberus... tapi huhu....
Image
Suka betul dia dengan lagu Old McDonald... kalau tengok mama on je laptop terus sebut eieio... tapi sekarang sedang dalam usaha untuknya hafal nama2 Nabi... Salam kasih sayang semua, just wanna to share aktiviti litle insyirah weekend baru ni, and mamanya pun baru berkesempatan snap pic bila dia menulis, tak tahanya dah bagi A4 paper dah tapi still nak menulis "melakar" dibukunya kids song nya... sambil sambil menulis sambil baca A,B, Ci, D, E ..........to Z ; alhamdulillah dalam usianya sekarang ABC sudah dalam mindanya, begitu juga Satu, Dua Tiga - Sepuluh, One Two Three- ten ... awal2 dulu bila count 1,2, _, 4,5 ,6 ,7 ,8,9, 10 and the missing is No 3, but now... dah ingat semua... Sukanya bila dengar little insyirah mengira, membaca dan menulis, tapi kena pantau lah... sebab nanti habis dinding2 rumah dilakar buat lukisan grafiti.. huhu... Nanti tgk pula macamana gelagat little insyirah mengosok gigi pula... p/s : dah 4 kali try upload this pic.,.. alhamdulillah hari da

Insyirah dan Hari Jumaat

Image
Jumaat lepas, inilah aktiviti Nurhusna Insyirah, bangun pagi2 blm gosok gigi dah on kan laptop babanya, dah tau dah kat mana nak masukkan CD,.. hai dah tak boleh letak laptop terdedah camtu aje ... sesuka hati je dia tekan ... nak on ke nak off ke... nak masukkan cd.. alamatnya kalau dibiarkan boleh fenin si laptop ni. Yang ni pula sesudah mamanya mengemas rumah, dan mengalihkan perabot... aik... dijadikan tempat bermain pula.. isnyirah2 inyirah. p/s : alhamdulillah dah semakin sihat sikit, dan mood utk berblog pun dah kembali. alhamdulillah...

Not Feeling Well

Salamun alaik.... Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara : "sihat sebelum sakit" well itulah yang sedang saya alami kini, kesihatan dua hari ini kurang memuaskan, semalam , pulang aje dari sekolah dalam pukul 3 ptg, kepala ni betul2 berdenyut.. sehingga memaksa diri untuk terus berbaring, ya Allah migrain datang lagi... dah lama tak kena ni... tak boleh kena cahaya langsung mata ni, di sekolah petang semalam pun sebenarnya tahan aje"nebee" .. drive pun tahan aje sakitnya, mujurya rumah dekat aje dengan sekolah. Hari ini pun masih belum sihat, mujur baba tolong uruskan baby insyirah dan alhamdulillah siputeri seakan memahami kesakitan yang dialami mamanya... time nak nenen aje menganggu mamanya... bila datang migrain ni, memang tak boleh nak buat apa-apa... berdenyut kuat tak boleh nak katakan... bunyi orang bercakap je rasa bising sangat2.. sekarang ni pun going to get a flu.. rasa tak selesa pada hidung... emmm mungkin ini kifarah dosa... moga terhapus dosa-dosa kecil

Mungkin Penyakit "M" ,

Assalamualaikum dan salam semua, dekat seminggu tiada sebarang n3. kenapa ??? mungkin virus "M" sedang menyerang. Mungkin rasa macam tak nak share apa2 aje dlm minggu ni. Mungkin dah kehabisan idea atau topik yang ingin dikongsi... Mungkin terasa macam takde mood. Mungkin busy dengan aktiviti2 seharian. Mungkin tiada masa untuk semua ini... tapi yang pasti mungkin penyakit "M" yang paling menguasai.. kiranya ini N3 untuk minggu ni lah yer. kepada para pengunjung, sila2 lah tinggalkan pesanan, muga ukhuwwah antara kita boleh dipanjangkan lagi. ok jumpa lagi.

Natrah- meninggal dunia

Image
Wanita hidap leukemia pernah jadi mangsa konflik agama pada 1950 LONDON: Natrah Maarof atau Bertha Hertogh, wanita yang menjadi pertikaian antara bapanya yang berbangsa Belanda dengan ibu angkatnya dari Malaysia, meninggal dunia akibat leukemia semalam di rumahnya di Huijberhen, di selatan Belanda, pada usia 72 tahun. Menurut anak bongsunya, Silvija Wolkenfelt, 38, Natrah tidak akan dikebumikan kerana permintaan terakhirnya untuk menderma mayatnya bagi tujuan penyelidikan di Hospital Rotterdam. Menerusi perbualan telefon, Silvija berkata, "Sepanjang umurnya dia melakukan apa yang orang lain mahu dan ini ialah pilihannya sendiri, amat penting bagi kita menghormati permintaan terakhirnya. " Menurut kenyataan akhbar, Natrah menjadi berita utama akhbar seluruh dunia dalam 1950 apabila dia menjadi punca pergelutan antara bapanya dengan ibu angkatnya di Malaysia. Natrah atau nama sebenarnya Maria Bertha Hertogh ialah anak Adeline Hunter dan Adrianus Petrus Hertogh yang ditawan ten

Menu Tengahari

Image
Ayam Bakar Freshly and Naturally baked by baba Ikan Bakar " Baked Freshly n Naturally" Sayur Campur Sambal Pauh... fuh.. ni boleh tambah lagi nasi.. tak pedas sangat n tak masam.. hasil tangan mak tersayang... dah tinggal sikit je lagi stoknya... Assalamualaikum Semua, Selamat berehat dihujung minggu bagi orang 2 di Kelantan. Minggu ni, kami sekeluarga mengisi masa di rumah mak di Tok Bok Machang. Sebab setiap hari sabtu baba akan ke Maahad Tahfiz Nurul Aman untul kelas tambahan. Tambahan lagi, semalam, rumah maklong di bukit Belah ada buat bacaan Yaasin.. alhamdulillah paklong beransur sihat.. Ok lah hari ni Menu kami cukup ringkas sebab hanya kami yang kat rumah aje yang makan, mak dan ayah ke Rumah Cikgu Zainun di Labok, memenuhi undangan jamuan sempena Kesyukuran kerana anaknya berjaya untuk melanjutkan pengajian.. Menu hari ini seperti di atas,,... berselera menikmatinya. Nak resepi ke? Rasanya tak payah lah kot, sebab resepinya biasa aje dan ringkas ..

Renungan Di pagi Sayyidul Ayyam

Menjadi seorang muslim dan lahir sebagai muslim, kita diberikan tanggungjawab yang amat berat.. tentunya sebagai abdillah, sebagai khalifahnya dan sebagai muslim mukmin. tentunya menjadi seorang muslim perlu ada padanya sifat-sifat seperti di bawah : 1) Mempunyai sifat warak dan menjauhi perkara2 syubhat . ini adalah anjuran Rasulullah sebagaimana sabdanya yang bermaksud;"Perkara yang halal itu jelas, perkara yang haram itu jelas, dan di antara kedua-duanya ada perkara2 syubhat yang tidak diketahui oleh kebanyakkan orang. 2) Menundukkan pandangan : Menjauhi dan menundukkan pandangan khususnya daripada perkara2 yang haram yang boleh mendorong melakukan maksiat dan dosa. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud" Katakanlah kepada orang-orang lelaki yang beriman hendaklah mereka menahan pandangan" Surah ANnur ayat 30 3) Memelihara Lidah ; Memelihara lidah daripada berkata sesuatu yang kotor, sia-sia, mengumpat ataupun mengadu domba. Imam Nawawi mengatakan : setiap mukallaf

Durian Oh Durian

Image
Lepas Isyak tadi, kami sekeluarga menikmati durian, terasa nak makan durianlah... tengok erins makan,,... emmm menyelerakan :). So petang tadi, lepas balik dari skul keluar jap...bersama cik baba lah.... siapa lagi... kan? kami beli RM 5 aje dapatlah dalam 5 biji.. tapi durian pakcik ni alhamdulillah fresh lagi, baru je luruh. My baby girl's try juga sikit.. he he tak boleh banyak2.. nanti panas badannya.. itupun asyik2 minta nak minum air kosong. Ok lah semua., selamat menikmati durian.. Nikmat lazat daripada Maha Pencipta.

Saya dan kawan Baru

Image
"kakak.. jom main !!" Apalah yang dibualkan tu... asyik je? Eh, dah bertukar driver? dah ada lesen ke tu?? Assalamualaikum semua... Ini gambar Insyirah dengan kawan barunya.. Nak tau tak? Insyirah lupa namanya sebab selalu panggil kakak aje... Kakak ni jiran sebelah umah aje.. kebetulan jumaat tu, kami bermain sama2.. jarang tau kami dapat bermain, sebab masing2 sibuk dengan aktiviti sendiri, kalau iNsyirah ada kat umah, dia dan umi serta ayahnya takde kat umah, macamtu lah sebaliknya.. dah lama mama tangkap gambar ni.. tapi hari ni baru boleh masukkan n3... he he he.. TQ mama.

LDP : Kursus ICT

Assalamualaikum dan salam Rejab semua, Pagi tadi sekolah menganjurkan kursus LDP kali ke-3. Tajuk kali ini berkaitan mengenai Penguasaan dan Pengunaan ICT dalam bilik Darjah. So far so good. Kursus disampaikan oleh Cikgu Nordin Ismail merangkap Cikgu ICT di SKSE. Isi utama kursus tadi, lebih kepada penggunaan powerpoint dalam PnP. .

Majlis Perkahwinan Paksedara(cik DI)

Image
Ni lah ahli keluarga kami di Majlis Perkahwinan bapa saudara kami di rumah pengantin perempuan pada 11 Jun baru2 ni. Selamat Pengantin Baru dan Mabruk alaikuma.