Posts

Image
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Mubarak semua... Alhamdulillah... syukur pada nikmat mu yang tidak terhingga, lantas memberikan peluang kepada hambamu ini untuk menikmati dan merasai nikmat ramadhan bagi tahun ini. Buat teman2 semua, selamat menyambut ramadhan dengan penuh ibadah . jadikan bulan ramadhan madrasah tarbiyyah membunuh nafsu yang merajai jiwa kita selama ini. Jangan dilepaskan peluang sale yang begitu hebat yang diberikan Allah SWT. jom baca artikel di bawah, muga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.. Sejarah menjelaskan kepada kita bahawa pada bulan Ramadhan, Allah berkenan menurunkan Al Qur'an untuk menjadi petunjuk, penjelas petunjuk dan furqan yang menyingkap tabir kegelapan manusia dan alam ini. Peristiwa ini di abadikan di dalam Al Qur'an, melalui firman-Nya: "Bulan Ramadhan, iaitu (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al Qur'an (sebagai) petunjuk bagi (sekelian) manusia dan sebagai penjelasan daripada petunjuk itu serta sebagai...

Selesai dua perkara

Assalamualaikum dan salam Ukhuwwah, alhamdulillah, alhamdulillah dan syukur ya Allah, semalam dan hari ini kami sekeluarga telah menyelesaikan dua perkara yang penting sebelum memasuki rumah baru kami. Terima kasih tak terhingga buat adik2 ku semua yang telah bertungkus lumus dan tentunya ayah dan mak juga tak terkecuali membasuh dan mencuci rumah kami... alhamdulillah kerana memberi pertolongan yang maha besar ertinya buat kami, meringankan kerja kami yang mempunyai anak2 kecil, terima kasih juga kepada jiran sebelah kak ju dan suami yang sudi meminjamkan wayar air untuk memudahkan urusan membasuh rumah kami. Semalam pula, kami ke G-Orange di Tunjung untuk membeli lampu dan juga kipas untuk rumah kami dan juga adik pula membeli lampu dan kipas untuk rumah mak dan ayah.. tahun ni berlaku banyak transformasi di rumah mak dan ayah.. harap mak dan ayah menyukainya..  Sepetang di G-Orange amat-amat memabukkan dan merambangkan mata .. sungguh cantik dan lawa2 semua barang yang ada,...

Pengalaman mencari rumah dan beli atau sewa?

Assalamualaikum dan Salam Ukhuwwah Apabila 2 kali terpaksa perpindah dari rumah sewa ke rumah sewa yang lain dalam masa yang singkat tentunya kami berfikir, alangkah indahnya mempunyai rumah sendiri.. banyak kelebihan bila mempunyai rumah sendiri. Pernah terlintas di hati, kalau rumah yang sedang di duduki sekarang (kami akan berpindah minggu hadapan) adalah milik kami sekeluarga, tentu banyak yang boleh dibuat, menggantung ayat2 al-Quran di dinding, mengecat bilik dengan warna kesukaan, mengubah suai rumah agar lebih fleksibel untuk kami yang mempunyai 2 anak yang masih kecil, mewujudkan ruang permainan dan pembelajaran anak-anak2.. dan satu lagi menyambung sedikit di bahagian "porch" untuk dijadikan mini butik mamahusnashoppe , tapi itu semua hanya anganan, kerana rumah ini bukan milik kami, kami hanya menyewanya sahaja. tapi tatkala kami diberitakan oleh tuan rumah akan notis tak sampai sebulan (melalui sms), bahawa kami perlu mengosongkan rumah ini , apa yang mampu...

Susu Ibu Tidak Akan Kering

Image
rasa nak kongsi dan share di sini, tentang penyusuan di bulan ramadhan... UMUM mengetahui mengenai kebaikan susu ibu yang mengandungi antibodi melindungi bayi daripada serangan penyakit. Jika beberapa tahun lalu, menyusu badan tidak dilihat sebagai trend, kini kian ramai para ibu cenderung mempraktikkannya demi kelestarian kesihatan si kecil. Tidak timbul lagi soal malu atau segan menyusukan anak di khalayak ramai, walaupun ada mata-mata nakal mencuri pandang. Namun, bagi ibu yang menyusukan bayi buat pertama kali kedatangan bulan Ramadan menimbulkan sedikit kegusaran kerana khuatir pengeluaran susu berkurangan malah, mungkin tiada susu yang dapat dikeluarkan kerana menjalani ibadah puasa. "Memang ada segelintir ibu yang berasa bimbang jika tidak dapat menghasilkan susu badan sebanyak seperti hari-hari biasa. "Tetapi sebenarnya, para ibu tidak perlu gusar kerana penghasilan susu akan tetap sama jika aktiviti pengurusan penyusuan ibu itu dijalankan seperti normal dan ia ...
Image
Assalamualaikum dan salam ukhuwwah, Ini kali kedua membaca kisah Norma dan Talib, kali pertama membacanya di blog Moon tak sempat nak kongsikan di sini, memandangkan masa untuk berblog adalah sikit dan tak sempat nak mengarang ayat. so.. masa buka FB geng mum biz, ada someone postkan tentang kisah Norma dan family daripada BLOG AINI , saya terus copy aje daripada blog Aini , kredit to Aini , syukran . semoga usaha yang sedikit ini dapat membantu Norma dan Talib dalam mengharungi ujian daripada Allah yang Maha Berkuasa. Allah tidak akan menguji hambanya sekiranya dia tidak mampu menghadapi ujian tersebut. +====================================================================== Frankly speaking, I am speechless ketika mahu menulis entry ini. Tak tahu mana nak mula. Tak tahu juga bagaimana mahu memulakan entry ini. Perlukah saya hurai panjang lebar, atau perlukah saya buatkan entry ini hanya pendek dan terus kepada maksud sebenar? Ermmm….*paused* Masih teringat kali pertama Adam ...

Kena Pindah lagi...

Assalamualaikum dan salam ukhuwwah balik dari sekolah tadi, baba sayang minta saya bacakan sms daripada tuan rumah sewaan kami, emmmmm betul lah apa yang ku sangka kan selama ini, terbukti sudah dengan mesej tersebut, tuan rumah sudah menunjukkan tanda2 untuk menduduki rumahnya... ohhhhhhhhhhhhh tidak !!!!!!!!!!!!!!!!!! kami di HALAU sebab tak bayar sewa. Oh sewa nya kami tak pernah miss... ini bukan disebabkan masalah pembayaran sewa ya... hallu!! kami bayar ya :).. so jangan suul zhan (buruk sangka)!! sebenarnya "wife" (dengan izin) tuan rumah aka penama rumah yang kami duduki sekarang telah menghabiskan pengajiannya, jadi dia sudah pulang ke kampung untuk meneruskan kerjanya sebagai puan misi, jadi dengan itu... puan rumah mesej dan bagi tempoh sebulan agak2nya utk kami mencari rumah sewa baru... huhuhu  ......... ini kali ke 2 kami pindah dalam area kuala krai ni.... kalau pindah ke KB ke! ke MAchang ke... suka juga... tapi tuntutan kerja tidak mengizinkan... so p...

HAK ANAK DALAM ISLAM

Image
      diriwayatkan ada seorang datang kepada Saidina Umar menceritakan keburukan perangai anaknya lalu Saidina Umar r.a memanggil anaknya  dan mengingatkannya tentang besarnya dosa menderhaka ibu bapa. Si anak tadi bertanya Saidina Umar :" tidakkah anak juga ada hak ke atas ibu bapanya ?"Jawab Umar:" Ya!" Anak itu bertanya :"Apakah dia hak-hak mereka?" Saidina Umar menjawab, hak-hak anak ialah : " Hendaklah bapa memilih ibu yang solehah, memberi nama yang baik untuk anaknya dan mengajarnya Al-Quran." Si anak terus menjawab selepas itu:"  Dia tidak membuat satu pun daripada 3 hak tersebut. Yang pertama dia tidak memilih isteri yang baik, ibuku seorang Negro, hamba kepada seorang Majusi.Kedua, dia menamakanku, Ja'lun (Ja'ranun). Ketiga dia tak mengajarku satu huruf pun daripada  Al-Quran. "  Saidina Umar r.a pun berkata:" Adakah kamu datang untuk mengadukan kepada ku kederhakaan anakmu.......................... kamu yang ...