Posts

Oh ... ada parasit tinggal dengan Naufal

Image
Akhir januari baru-baru ni, di uji Allah dengan masalah kesihatan Naufal.. Naufal berubah sikap  1) mudah marah 2) tak selera nak makan 3)badannya panas  4) berat badan susut  risaukan suhu badannya naik mendadak, terus menerus "sponging"-basahkan badannya dengan air , moga-moga suhu badannya turun. tapi jam 3 pagi, rasa tak sedap hati, panas sgt badan dia(rasanya ini kali ketiga naufal ke ER... anak lelaki ini suka ke ER sampai aje di sana.... dia merengek nak dengan baba, so mama tinggal kat luar, perhatikan kakak insyirah yang sedang  dzzzzzzzzzzzz. dalam kereta. sedang menunggu nurse gagah naufal memluk baba..  kakak lena dalam kereta.. langsung tak sedarkan diri  mimpi indah kot........... masa nurse nak check suhu.. terus meraung-raung anak lelaki ini, memang "bermusuh dgn doktor dan misi" nak timbang berat pun nangis.. sabar jelah... itulah dia Naufal... dimasukkan ubat melalui punggungn...

Pisah Susu (Part 2)

sambungan part 2 dari entry terdahulu last cerita hari tu, saya sapu vitamin C shaklee tapi misi gagal juga disebabkan kealpaan saya dan hari berikutnya saya cuba tumbuk Alfafa , tapi dia terus menyusu tanpa rasa apa-apa... huhu.. rupanya alfafa tiada kesan juga Saya bagitau mak, mertua cadangkan bawang putih dan nissay(gula melaka bagi orang luar kelate), tapi mak mencegahnya ,katanya takut side effect pada nipple ibu2... he he faham2lah bawang putih kan panas... so saya pasrah seketika.......... saya rasa saya mesti cuba buat kaedah yang disarankan oleh mertua saya, sebab katanya semua anak2 dia (mungkin termasuk suami saya) berjaya dengan kaedah tersebut... so misi saya saya dapatkan nissay dan bawang putih.. opss semuanya dah ada di dapur , so saya cuba ambil sedikit bawang putih, (tak perlu banyak ya, sebab baunya amat2 busuk dan membusukkan) ditumbuk dengan nissay (sikit je-sebesar ibu jari) then sapu di keliling aerola... alhamdulillah misi berjaya, saat Naufal nak men...

Pisah susu (Part 1)

Baru nak coretkan pengalaman bagaimana na pisahkan susu Naufal.. dah janji kan hari tu nak cerita, bukan sekadar cerita tetapi mungkin boleh dijadikan panduan oleh ibu-ibu semua . :) boleh baca di entry ini :  Sayu tapi mesti tabah disebabkan Naufal selalu aje moody... saya tahu dia belum betu-betul2 mahu berpisah susu dengan saya.. namun disebabkan umur Naufal sudah menginjak kepada 2 tahun 4 bulan, sesuatu harus saya lakukan... saya bagitau hasrat murni itu pada baba, alhamdulillah dia serahkan semuanya pada saya... buatlah yang terbaik untuk anak-anak.. tetapi ada kalanya dia tak tahan melihat naufal meminta-minta untuk menyusu, dia minta saya berikan... kesian kat anak , katanya... tapi saya harus bertegas.. sayu dan sedih usah di cerita di sini... bagaimana saya melakukannya? Pada awal Muharam 1434H, saya cuba menyapu air asam jawa .. bila Naufal menyusu dia rasa pelik dan bagitau ama (Mama) ubuh (letak)... pastu dia cuba lagi........ dan ...... oh... tidak berjaya kal...

AMALAN KETIKA ANAK SEDANG TIDUR

Image
Dalam pada kita mendidik anak-anak, marilah sama-sama kita amalkan perkara-perkara di supaya lebih berkesan kepada jiwa dan roh anak-anak.. selamat beramal  ♥Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. seterusnya, ♥Membaca surah al fatihah 1 kali,alam nasyrah 1 kali.Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya. ♥Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya. ♥Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak. ♥ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﻟﻠﻪ♥ 

Salam Maal Hijrah 1434H

Image
Salam Maal hijrah dari kami semua.. semoga 1434H memberikan kita peluang untuk lebih bekerja,beramal dan bertindak kerana Allah

Aidil Adha dan Aqiqahkan Naufal

Image
Assalamualaikum........... mengimbas cer sebelum ke tempat penyembelihan ralit nya daging sebelum di agihkan kepada 7 bahagian Semoga kita semua mampu menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s  dan Nabi Ismail a.s

Sayu hati , tapi mesti tabah

Assalamualaikum dan salam aidil Adha.. sekadar nak luahkan rasa, 2 minggu ni sedang berusaha nak lepaskan naufal dari menyusu, pelbagai cara dibuat, insya Allah saya akan kongsikan kaedah /cara tersebut selepas saya berjaya weaning off ya. Adik Naufal: mama bukan sengaja untuk berbuat demikian, mama terpaksa kerana adik sudah berumur 2 tahun 4 bulan, dan mama telah membuat bacaan waktu2 terbaik untuk menghentikan penyusuan anak-anak dan bertekad untuk menghentikannya dalam tempoh ini. Mama harap adik faham, mama terpaksa tabahkan hati tatkala tengok adik sayu aje hari ni, badan pun dah panas-panas. bila diberikan susu botol, adik menolak.. adik tak nak makan, mungkin adik tak berselera, seperti ada sesuatu kekosongan antara kita, mama nak peluk adik,tapi adik menolak, mungkin adik marah pada mama kan??? takpe,,, mama faham.. cuma mama berikan masa untuk adik terima keadaan ini ya..lambat atau cepat adik kena terima juga..  segalanya adalah utk kebaikan kita bersama :) adik ...